GPS
28/05/2026
28/04/2026
Kerjasama kerajaan pusat dan negeri penting demi memperkasa agenda kesihatan rakyat
Selasa, 28 April 2026
DARO: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 4) Daro bagi meninjau sendiri perkembangan projek berkenaan.
Projek yang telah memulakan pembinaan sejak Februari lalu itu dijangka mengambil tempoh selama 30 bulan untuk disiapkan, dengan sasaran siap sepenuhnya pada tahun 2028.
Pembangunan tersebut merangkumi pembinaan bangunan klinik utama, kuarters kakitangan serta pelbagai kemudahan sokongan lain bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh dapat disediakan kepada penduduk setempat.
Turut hadir, Ahli Parlimen P207 Igan, YB Haji Ahmad Johnie bin Zawawi serta Ahli Dewan Undangan Negeri N43 Daro, YB Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad. Kehadiran pemimpin di peringkat pusat dan negeri ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti terus diperkasa, selaras dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan kesihatan antara kawasan bandar dan luar bandar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
The Isthmus, Sejingkat
Kuching
93050