JMSK PKS
27/04/2026
Analisis & Visualisasi Data: Memperkasa Komuniti Melalui Excel 📊
Kursus Analyzing and Visualizing Data Using MS Excel (Intermediate to Advanced) di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) anjuran Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) dengan kerjasama Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah berjaya dilaksanakan pada 25 April 2026 (Sabtu) bertempat di Makmal Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak.
Kursus ini telah dikendalikan oleh dua penceramah, iaitu Puan Nurul Liyana Binti Mahmod dan Puan Azlina Binti Morshidi, dengan penyelarasan oleh Puan Liu Tse Hui.
Seramai 33 orang peserta daripada komuniti luar telah menyertai kursus ini dengan penuh komited bagi meningkatkan kemahiran analisis data mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam kerjaya mahupun tugasan harian, sekaligus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang celik digital dan kompeten.
Syabas dan tahniah kepada semua!
25/04/2026
🎯 FINAL CHARGE: “Strategies for Success” Kukuhkan Penguasaan Matematik Pelajar JMSK
Pada 24 April 2026 (Jumaat), Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Kuching Sarawak telah menganjurkan program “FINAL CHARGE: Strategies for Success” bertempat di Dewan Kuliah 1, Politeknik Kuching Sarawak.
Program ini merupakan bengkel intensif Matematik yang bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan kursus Engineering Mathematics 1 (DBM10163) menjelang peperiksaan akhir. Melalui pendekatan pembelajaran berfokus dan interaktif, pelajar didedahkan kepada strategi dan teknik penyelesaian masalah yang berkesan bagi topik-topik utama seperti Algebra, Trigonometri, Nombor Kompleks, Matriks serta Vektor dan Skalar.
Sesi pengisian utama disampaikan oleh Puan Azlina binti Morshidi, yang berkongsi tips, strategi dan panduan praktikal bagi membantu pelajar memahami konsep serta meningkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi peperiksaan.
Program ini disertai oleh lebih 121 orang pelajar semester 1 yang mengambil kursus DBM 10163 Engineering Mathematics 1.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Continuous Quality Improvement (CQI) Politeknik Kuching Sarawak untuk memperkukuh pencapaian Course Learning Outcome (CLO) dan Programme Learning Outcome (PLO) melalui pendekatan pembelajaran aktif dan kolaboratif.
Tahniah diucapkan kepada semua urus setia dan peserta yang menjayakan program ini! Semoga usaha ini terus memberi inspirasi kepada pelajar JMSK untuk mencapai kecemerlangan akademik. 💪📚✨
📍 Anjuran: Unit Matematik, Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK)
🏫 Politeknik Kuching Sarawak
📅 Tarikh: 24 April 2026
👩🏫 Penceramah: Puan Azlina binti Morshidi
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
POLITEKNIK KUCHING
Kuching
93050