SK Rakyat Tupong - SK RaTu

SK Rakyat Tupong - SK RaTu

Share

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 12/06/2026

𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝟏: 𝐀𝐒𝐏𝐄𝐊 𝟏.𝟑 [𝟏.𝟑.𝟑]
PGB bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti.
PGB menggerakkan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝟐𝟎𝟐𝟓

Tarikh : 12 Jun 2026
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Guru Besar
Penglibatan : Guru Besar, Pentadbir & Penerima APC

𝐎𝐁𝐉𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅:
1. Memberi penghargaan kepada penerima APC 2025 atas prestasi dan komitmen cemerlang.
2. Meningkatkan motivasi warga sekolah untuk terus melaksanakan tugas dengan berkualiti.

𝐑𝐔𝐌𝐔𝐒𝐀𝐍:
Majlis Penyerahan Surat APC 2025 telah dilaksanakan dengan lancar sebagai tanda penghargaan kepada penerima atas kecemerlangan dalam perkhidmatan. Majlis ini turut menyuntik semangat kepada warga sekolah untuk terus mencapai kecemerlangan.

𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊:
1. Meningkatkan motivasi dan semangat kerja warga sekolah.
2. Membudayakan amalan kecemerlangan dan penghargaan dalam organisasi.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋:
1. Meneruskan amalan pengiktirafan kepada warga sekolah yang berprestasi tinggi.
2. Menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan warga sekolah.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 12/06/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUCHING 2026

S5 : Kemenjadian Murid, Pencapaian Murid dan Sekolah
5.2 (Kemenjadian Murid Dalam Kokurikulum)

a) Tajuk :
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUCHING 2026

b) Perincian :
Tarikh: 10-11 JUN 2026
Tempat: KOMPLEKS SMK TABUAN JAYA

c) Penglibatan :
EN TALIP BIN ALLI
EN SYAHRUL NIZAM BIN HATTA
EN ABDUL KARRIM BIN ABDUL GHANI
PN NURULDIANA ABDULLAH @ DIANA AK JOTI
CIK NURUL IZZATI BINTI MAT HASSAN
WAKIL MURID SK RAKYAT TUPONG

d) Objektif :
1. Mencungkil dan mengenal pasti bakat murid dalam bidang olahraga untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti MSS Bahagian, MSS Negeri dan MSS Malaysia.
2. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental murid melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan olahraga.

e) Rumusan :
Program Olahraga MSSD berjaya menjadi platform dalam mencungkil bakat murid dalam bidang olahraga di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin dan semangat kesukanan. Penganjuran program ini turut memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman pertandingan serta mengeratkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam daerah.

Pencapaian:
1. Lompat Tinggi L11TKB🥇
Muhammad Thaqif Amsyar
2. Lontar Peluru L12TKB 🥇
Izz Ziqry Zuhairy
3. Lontar Peluru P11TKB Ke-4
Siti Ayesha
4. Lompat Jauh L11TKB Ke-8
Muhammad Adryshah
5. Lompat Tinggi P10TKB Ke-5
Putri NurNajla
6. 80M Lari Berpagar P12TKB Ke-7
Dayang Aisyathira

f) Impak :
1. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental murid melalui penglibatan aktif dalam acara olahraga.
2. Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi

g) Tindak susul :
1. Mengadakan latihan susulan secara berterusan kepada murid yang berpotensi bagi meningkatkan prestasi dalam acara olahraga.
2. Membuat pemilihan dan pemantauan atlet berbakat untuk persediaan ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi seperti MSS Bahagian dan MSS Negeri.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Tupong Tengah, Off Jalan Merdeka
Kuching
93050