Media Satok

Media Satok

Share

Media Satok is a community-driven page to showcase festivals, cultures and lifestyle of Satok people filled with a multi-genre program centred in Satok and radiating towards greater Kuching. Since Kuching is the state capital of Sarawak, Satok is an obvious entry into the list of the must visit attractions in Kuching. We provide cultural insights into the city’s past and host several festivals.

Photos from Media Satok's post 01/06/2026

𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐊𝐈 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐃𝐄𝐈 𝐔𝐋𝐔

27 Mei 2026 - Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim Baki, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.8 Satok, telah menghadiri Program Ibadah Korban Aidiladha yang berlangsung di Kampung Kudei Ulu.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Tuan Haji Abdul Samad Ghany, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, bersama para pemimpin masyarakat, ahli jawatankuasa kampung serta penduduk setempat yang berganding bahu menjayakan ibadah korban.

Program yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini menjadi platform untuk menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang menjadi teras perayaan tersebut. Selain pelaksanaan ibadah korban, program turut memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk berkumpul, mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kejiranan.

Dalam suasana penuh muafakat dan gotong-royong, daging korban telah diagihkan kepada para penerima yang layak sebagai usaha berkongsi rezeki serta menyantuni golongan yang memerlukan.

YB Datuk Haji Ibrahim Baki turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan dan berharap semangat kebersamaan yang dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat terus diperkukuhkan demi kesejahteraan penduduk setempat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada seluruh warga Kampung Kudei Ulu.

Photos from Media Satok's post 15/05/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐁𝐀𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐃𝐄𝐈 𝐋𝐀𝐌𝐀

15 Mei 2026 - Alhamdulillah, pada pagi ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Dewan Serbaguna Kampung Kudei Lama yang dibiayai melalui dana Rural Transformation Project (RTP) YB Datuk Haji Ibrahim Baki; Ahli Dewan Undangan Negeri N.8 Satok.

Projek tersebut telah siap sepenuhnya pada 5 Mei 2026 dan penyerahan rasmi telah dilakukan oleh agensi pelaksana, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang diwakili oleh Saudara Mohd Hafizul Rahmat, kepada Pusat Khidmat N.8 Satok yang diwakili oleh Saudara Zaidi Sirat.

Majlis penyerahan ini turut disaksikan oleh Penghulu Haji Mohamed Bujang Meraji, Ketua Kaum Suhaidi bin Sanjal, Ketua Ranting Sarbini Haji Abang, Ketua Wanita Puan Mariam Makrat, serta Bendahari Ranting Puan Hazellina Bolhassan.

Semoga dengan siapnya projek ini, Dewan Serbaguna Kampung Kudei Lama dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan, program komuniti serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kuching