SHOAW 7's Rugby Tournament

SHOAW 7's Rugby Tournament

Share

14/09/2019

🏆[UPDATE TERKINI]🏆

Memandangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan nilai 224, maka Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 terpaksa ditangguhkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengelola bersama Pengurus Pasukan pada pagi hari ini.

Oleh itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) seterusnya akan dilihat pada jam 6.00 pagi esok, sekiranya nilai mencatatkan di bawah paras 120, maka kejohanan akan diteruskan. Pastinya, jadual baru akan diolah semula dan akan diwar-warkan kelak.

Mari sama-sama kita doakan semoga cuaca bertambah baik seterusnya dapat merealisasikan impian anak-anak kita untuk bermain di gelanggang kebangsaan SHOAW SEVENS 2019 ini. Kita mengharapkan semangat juang kesemua peserta tidak luntur malah kian membara. 🔥🏆

Keep pray 🤲🏻

14/09/2019

🏆[UPDATE TERKINI]🏆

Mesyuarat Bersama Pengelola dan Pengurus Pasukan telah memutuskan bahawa Kejohanan Ragbi SHOAW SEVENS 2019 ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang ini.

Kejohanan akan diteruskan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah di bawah paras 120.

Kami bagi pihak penganjur memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku ini serta kami mendoakan semoga cuaca bertambah baik demi keselamatan dan kesihatan semua.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB
Kuching
93050