ADZIM RAHMAN
25/02/2026
Alhamdulillah, petang tok saya dijemput menghadiri Majlis Penyerahan Siap Projek Dewan Taman Sukma.
Projek inisiatif DBKU tok menelan belanja sekitar RM5 juta, satu kemudahan baharu yang pastinya memberi manfaat besar kepada warga Kuching Utara. Syabas dan tahniah kepada Pengerusi Pengelola, Tuan Haji Abdul Baderi bin Sahmat, atas penganjuran majlis yang lancar dan jayanya.
Majlis turut disempurnakan oleh Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap ADUN N.7 Samariang, bersama Dato Haji Hilmy bin Haji Othman, Datuk Bandar Kuching Utara.
Alhamdulillah ada dewan baharu tok untuk kita sama-sama kongsi, boleh muat 1,000 orang mun setting theatre dan sekitar 60-70 meja untuk pengilan.
Moga Allah berkati 🤲🏼
23/02/2026
Malam Ramadan keenam di Surau Darul Taqwa, Kampung Selang Laut. Mengimbau kembali kenangan masa kecil, ikut bapak turun tarawih di kampung — siap berebut nak datang awal lepas sungké.
Alhamdulillah, berkesempatan disapa oleh KK Sulaiman bin Haji Bakawi serta Encik Zamri bin Hassan, Pengerusi JKP Surau. Turut hadir bersama Sdra Nik Khuzaimi dan Jumani, Ketua & Timbalan Pemuda PBB Ranting Selang Laut.
Semoga Ramadan kali ini terus membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim sesama kita 🌙
14/02/2026
Menjunjung kasih 𝗗𝘂𝗹𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗜𝗯𝗻𝗶 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗷𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗝𝗮𝗺𝗮𝗹𝘂𝗹𝗮𝗶𝗹, 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀, mencemar duli bersempena berangkat ke Program Kayuhan Santai Santai & Sesi Santai Bersama Belia 🟡🔵
Majlis Belia Malaysia
09/03/2025
𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗺𝗯𝗲𝗵 𝗦𝗮𝗵𝘂𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗿𝗮 𝗜𝗵𝘆𝗮 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗕𝗠 🇲🇾 – 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸
Alhamdulillah, Program Berambeh Sahur bersempena Kembara Ihya Ramadan MBM – Edisi Sarawak telah berlangsung dengan penuh makna di Perkampungan Darul Hana, Kampung Bintawa Hilir, Kampung Bintawa Tengah & Kampung Bintawa Ulu pada malam tadi.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) merangkap ADUN N.4 Pantai Damai, bersama Saudara Izzat Afifi bin Abdul Hamid, Presiden MBM.
Sebagai tanda kasih sayang dan kebersamaan, kami berpeluang konvoi bermotos*kmenziarahi serta menyantuni warga kampung yang memerlukan melalui inisiatif Ziarah Mahabbah, dengan menyampaikan sumbangan pek makanan dan duit raya bagi meringankan beban mereka menjelang Syawal.
Terima kasih kepada Presiden MBM kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program ini, dengan Sarawak sebagai negeri pertama dalam siri Kembara Ihya Ramadan MBM. Ini selaras dengan manifesto dan komitmen saya untuk menjadikan Sarawak sebagai Second Home MBM dalam memperkukuh suara dan peranan anak muda di bumi kenyalang 🫶🏼
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Contact the public figure
Website
Address
Kampung Selang Ulu,Jalan Matang,93050 Kuching Sarawak
Kuching