CENTEXS Commercial

CENTEXS Commercial

Share

CENTEXS Commercial komited angkat TVET sebagai pilihan utama kerjaya 04/06/2026

Terima kasih Malaysia Tribune atas perkongsian!

‘pemerkasaan bidang berkenaan adalah kritikal bagi memastikan generasi muda dapat melangkah dengan yakin dan berdaya saing dalam mendepani cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik’.

Dapatkan berita penuh hanya di Malaysia Tribune

CENTEXS Commercial komited angkat TVET sebagai pilihan utama kerjaya KUCHING – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi sekadar laluan alternatif, sebaliknya telah diiktiraf sebagai pilihan utama dalam membina kerjaya berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri serta ekonomi masa hadapan. CENTEXS Commercial Sarawak dalam satu k...

Photos from CENTEXS Commercial's post 02/06/2026

CENTEXS Commercial Sarawak mengucapkan Selamat Hari TVET Negara 2026.

Bersama tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya”, sambutan ini membawa mesej bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi sekadar laluan alternatif, malah kini menjadi pilihan utama dalam membina kerjaya berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri serta ekonomi masa hadapan.

Semoga generasi muda terus melangkah dengan yakin, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin dinamik, seterusnya menjadi tenaga mahir yang menyumbang kepada pembangunan negara.

TVET Pilihan Utama Kerjaya!

Photos from CENTEXS Commercial's post 31/05/2026

KEGEMBIRAAN BESAR BUAT KOMUNITI USAHAWAN TEMPATAN CENTEXS COMMERCIAL SARAWAK!

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Masni, wakil daripada Pustaka Negeri Sarawak, atas tempahan produk warisan tempatan Sarawak sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pihak kami amat berbesar hati dapat menyediakan perkhidmatan ini kepada rakan strategik kami dalam usaha memperkenalkan serta mempromosikan produk-produk warisan tempatan Sarawak kepada khalayak yang lebih luas, khususnya mereka yang baru mengenali keunikan dan keistimewaan produk tempatan negeri ini.

Kami berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang. Tanpa sokongan, kepercayaan dan kerjasama daripada rakan-rakan strategik, sudah tentu sukar untuk produk komuniti usahawan tempatan menembusi pasaran di luar Sarawak, malah ke peringkat yang lebih tinggi.

CENTEXS Commercial Sarawak akan terus komited dalam memperkasakan usahawan tempatan serta membawa produk-produk warisan Sarawak ke mana sahaja peluang dan pasaran berada.

Terima kasih kepada pelanggan setia, rakan strategik dan semua pihak yang sentiasa menyokong usaha kami dalam memperkukuh ekonomi komuniti usahawan tempatan.

Kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mengembangkan pasaran produk anda, jangan malu dan jangan ragu-ragu untuk menyertai kami. Bersama-sama kita bawa produk Sarawak ke peringkat yang lebih jauh dan membanggakan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


JUMA’ANI Pavilion, , Sublot 17, 18 & 19, Lot 4871, Salak Land District Vista Tunku, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

09:00 - 18:00