Jom Itong
Jom Itong merupakan sejenis medium pembelajaran secara "online" yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Berpengalaman lebih 15 tahun sebagai "private tutor" untuk subjek Matematik & Matematik Tambahan bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5.
17/04/2026
🌟 Alhamdulillah, Tahniah & Syabas! 🌟
Tahniah buat Iman Khaisara atas pencapaian cemerlang dalam SPM 2025 dengan 5A, termasuk:
📌 Matematik A+
📌 Addmath A
Saya mula mengenali Iman sejak hujung Tingkatan 1. Walaupun merupakan pelajar SBP, setiap kali cuti sekolah dia tidak pernah lepaskan peluang untuk mengikuti kelas online. Cuti baginya bukan sekadar rehat, tetapi peluang untuk terus menimba ilmu 📚
Iman seorang pelajar yang sangat rajin dan konsisten. Minatnya yang mendalam dalam Matematik membuatkan dia sering mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan berkaitan Matematik.
Kejayaan ini bukan sesuatu yang mengejutkan — ia hasil usaha, disiplin dan latih tubi yang berterusan.
✨ Pengajaran penting untuk semua pelajar:
Faham teori sahaja tidak mencukupi.
Matematik perlukan latihan berulang (latih tubi) untuk benar-benar mahir menjawab soalan.
Semoga kejayaan Iman menjadi inspirasi buat semua pelajar, sama ada yang belajar dari rumah mahupun di asrama.
Teruskan usaha, kejayaan pasti menyusul 💪
15/04/2026
Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhamad Anas atas pencapaian B dalam Matematik SPM 2025! 🎉✨
Setelah setahun bersama Jom Itong Online Tuition, akhirnya usaha Anas membuahkan hasil yang membanggakan. Dari sering gagal dalam ujian, Anas tidak pernah putus asa. Semangatnya untuk berjaya dan impian menjadi seorang aircraft engineer menjadi pendorong kuat untuk terus berusaha 💪✈️
Menurut Anas, latihan yang dibincangkan dalam kelas sangat membantu, terutamanya dalam menjawab Kertas 2 SPM. Ini membuktikan bahawa usaha yang konsisten dan bimbingan yang betul mampu mengubah keputusan!
Semoga kisah Anas ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat pelajar lain yang masih berjuang. Jangan pernah putus asa — kejayaan pasti milik mereka yang terus berusaha 🔥
07/04/2026
🌟 Alhamdulillah, Tahniah & Syabas! 🌟
Sekalung tahniah diucapkan kepada M. Al-Aisy Azzurri atas pencapaian dalam SPM 2025! 🎉
Seorang pelajar yang telah bersama Jom Itong Online Tuition sejak Tingkatan 3, menunjukkan usaha yang konsisten dan tidak pernah berputus asa dalam memperbaiki diri.
Hasilnya, kejayaan yang manis hari ini:
📘 Matematik: A
📗 AddMath: C
Perjalanan dari Tingkatan 3 hingga ke SPM bukanlah mudah, tetapi dengan kesungguhan, disiplin dan semangat untuk belajar, akhirnya membuahkan hasil. 💪✨
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mencapai impian yang lebih besar pada masa hadapan.
Aisy Azzurry kata nak jadi Pilot suatu masa nanti. Sama-sama kita doakan pelajar saya🤲🙂
Teruskan usaha, teruskan berjaya! 🚀
04/04/2026
Tahniah & syabas buat pelajar hebat saya EAINUL QASHMYRA! 🌟
Sejak awal Tingkatan 5, sudah tetapkan target untuk skor A dalam Matematik dan AddMath. Dengan usaha yang konsisten, rajin bertanya, dan tidak mudah putus asa, prestasi meningkat dari hari ke hari. 📈
Alhamdulillah, akhirnya segala penat lelah terbayar dengan keputusan A dalam SPM 2025! 💯
Kejayaan ini bukan datang dengan mudah, tetapi hasil disiplin, kesungguhan dan semangat yang luar biasa. Semoga terus melangkah jauh dan menjadi inspirasi kepada pelajar lain. 💪✨
Bangga sangat dengan awak! Teruskan kecemerlangan di masa hadapan! 🎓
03/04/2026
Alhamdulillah, Tahniah Airyn Nurhoneys! 🌟
Dari selalu gagal ➡️ berjaya capai B dalam SPM 2025 💪✨
📌 Matematik: B
Airyn mula bersama Jom Itong sejak Tingkatan 4 dengan target nak capai A atau B…
dan Alhamdulillah, usaha itu membuahkan hasil! 🥹
“saya jawab semua soalan SPM, tak tinggalkan kosong. B dah dalam genggaman..” -Airyn
Seorang pelajar yang sangat rajin, tak malu bertanya dan sentiasa berusaha untuk improve 📈💙
Cikgu bangga sangat dengan pencapaian Airyn! Teruskan melangkah lebih jauh 🚀
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 20:00 - 22:00 |