BEM Country Land Church
29/03/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jemaat CLC yang telah hadir pada minggu ini. Terima kasih juga kepada Bro Andy atas khotbah yang disampaikan, serta kepada seluruh team yang terlibat dalam pelayanan. Tuhan memberkati setiap usaha dan pengorbanan anda semua.
29/03/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada IBGYTH dan PPPBDS yang telah hadir pada malam 28 Mac 2026. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pastor serta seluruh jemaat yang telah mendoakan dan menyokong pelayanan youth pada malam tersebut. Tuhan memberkati setiap pelayanan dan pengorbanan yang telah diberikan.
16 Ogos 2025
📖 Pembacaan Harian Alkitab: Efesus 2: 1-22
📚 Ayat Hafazan dan Renungan: Efesus 2: 8,9
"*Sebab kerana kasih Karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usaha mu, tetapi pemberian Allah*.
*Itu bukan hasil pekerjaan mu: jangan ada orang yang memegah diri.*"
✝️ Keselamatan (salvation) itu adalah pemberian Allah. Oleh kerana kasih Karunia lah kita diselamatkan. Kasih Karunia itu adalah Yesus kristus sendiri (Yohanes 1:17).
✝️ Iman adalah bagian kita. Walaupun keselamatan itu diberi percuma kepada semua bangsa di dunia ini akan tetapi jika mereka menolak (tidak percaya) kebenaran itu maka mereka tidak akan diselamatkan.
✝️ Ada juga sebilangan orang yang tidak percaya kepada kasih Karunia itu, mereka berusaha & mengerjakan keselamatan mereka sendiri. Ada juga orang yang bermegah diri sama seperti orang farisi & imam -imam.
💟🔖 Kesimp**an,
Sekarang kita boleh masuk dalam perhentian-Nya (peristirahatan-Nya) iaitu percaya bahawa *kita dibenarkan oleh Kasih KaruniaNya bukan kerana hasil usaha kita.*
(Ps Yahaya)
Bahagian kita hanya iman, iaitu percaya. Keselamatan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the place of worship
Address
NO 20, LOT 7079, COUNTRY LAND COMMERCIAL CENTER, Jalan DATO MOHD MUSA
Kuching
94300