SMK Batu Lintang

SMK Batu Lintang

Share

Photos from SMK Batu Lintang's post 16/05/2026

PATROL LEADER TRAINING COURSE(PLTC)

Standard 3.2: Pengurusan Kokurikulum

Aspek 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform (Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan 18 Kuching)

PLTC merupakan kursus penting dalam Pengakap yang bertujuan membimbing Pengakap Muda dan Pengakap Remaja tentang tanggungjawab, kepimpinan serta kemahiran pengurusan patrol. Kursus ini memberi penekanan kepada aspek disiplin, kerjasama berpasukan, komunikasi dan kemahiran perkhemahan bagi melahirkan ketua patrol yang berkualiti dan berwibawa.

Tarikh: 16 Mei 2026
Masa: 7.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: Ibu Pejabat Pengakap Cawangan Sarawak

Penglibatan
1. Penolong ketua guru penasihat Pengakap dan guru pelatih.
2. Semua Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

Objektif
1. Melatih ketua patrol dan penolong ketua patrol memahami peranan serta tanggungjawab mereka dalam unit Pengakap.
2. Meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan kumpulan.
3. Membentuk disiplin, semangat kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan ahli Pengakap.
4. Memberi pendedahan kepada sistem patrol dan pengurusan aktiviti Pengakap secara teratur.

Impak
1. Ketua patrol lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil dalam unit Pengakap.
2. Meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerjasama dalam kalangan peserta.
3. Membentuk ahli Pengakap yang lebih berdisiplin, yakin dan bertanggungjawab.
4. Aktiviti Pengakap di sekolah dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Tindak Susul
1. Ketua patrol yang telah mengikuti kursus akan membimbing ahli patrol masing-masing di sekolah.
2. Guru penasihat membuat pemantauan terhadap pelaksanaan sistem patrol semasa aktiviti Pengakap.
3. Mengadakan latihan lanjutan dan aktiviti praktikal secara berkala bagi mengukuhkan kemahiran kepimpinan.
4. Peserta berkongsi ilmu dan pengalaman yang diperoleh dengan ahli Pengakap lain semasa perjumpaan unit beruniform.

16/05/2026

STANDARD 3.2: PENGURUSAN KOKURIKULUM

A3.2.2 Pengurusan Kelab dan Persatuan
SK3.2.2.1 Kelab/Persatuan diurus secara sistematik dan terancang

PERJUMPAAN KOKURIKULUM KELAB DAN PERSATUAN SMK BATU LINTANG (13 MEI 2026)

Tarikh : 13 Mei 2026 (Rabu)
Masa : 9:30 - 11:30 pagi (Sesi Petang)
: 1:00 – 3:00 petang (Sesi Pagi)
Tempat : SMK Batu Lintang, Kuching

Penglibatan :
1. 31 orang Guru Penasihat Sesi Pagi
18 orang Guru Penasihat Sesi Petang
2. 568 orang murid Sesi Pagi
319 orang murid Sesi Petang

Objektif :
1. Memupuk perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan murid pelbagai kaum.
2. Memberi pendedahan kepada budaya dan perayaan masyarakat di Malaysia.
3. Menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti kokurikulum.

Rumusan :
Menerusi aktiviti RIMUP Perayaan, Perjumpaan Kokurikulum Kelab dan Persatuan SMK Batu Lintang telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada murid. Murid menunjukkan kerjasama serta minat yang tinggi semasa menjalankan aktiviti kebudayaan yang disediakan.

Impak :
1. Murid lebih memahami dan menghormati budaya kaum lain.
2. Semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan.
3. Murid lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan dan persembahan.

Tindak susul :
1. Mengadakan lebih banyak aktiviti kebudayaan secara berkala.
2. Menggalakkan penglibatan semua murid dalam program perpaduan sekolah.
3. Menerapkan nilai hormat-menghormati dan kerjasama dalam aktiviti kokurikulum akan datang.

14/05/2026

Tema Hari Guru tahun ini, `Guru Bitara Nadi Negara', mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh profesion keguruan sebagai tunjang utama pembangunan negara, seiring dengan usaha melahirkan generasi masa depan berdaya saing dan berwibawa.

Terima kasih kepada semua guru SMK Batu Lintang atas usaha dan komintmen semua setiap masa untuk membentuk insan anak-anak cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan rohani.

Sama-samalah kita berdoa agar setiap guru dan warga pendidik dikurniakan dengan kesihatan yang baik serta ketenangangan fikiran agar boleh menjalankan tugas dengan cemerlang.

Terima kasih cikgu, jasamu dikenang dan dihargai.
"GURU BITARA NADI NEGARA"
Selamat Hari Guru 2026

Ikhlas daripada
Angela B**g Yan Yan,
Pengetua SMK Batu Lintang,
2026

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


SMK Batu Lintang, Jalan Kolej
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00