SFTEABorneo
18/09/2021
As Malaysia is expected to move from COVID-19 pandemic into the endemic phase by the end of October, here's what you need to prepare in facing this situation
We bring to you the "SOLUTION IN ENDEMIC SITUATION".We aim to bring health for you throughout the days.
Will be available on our website starting from 25th September 2021.
Donβt forget to grab it right after the launching.
ππ¨π§βπ π¦π’π¬π¬ π’π!
-royalty2021
02/09/2021
STRATEGI MENCEGAH KANSER
1. Mengurangkan pengambilan GULA dalam makanan dan minuman
Gula adalah sumber makanan kepada sel2 kanser. Ia mempunyai GI yang tinggi dan akan menyebabkan paras insulin dalam badan meningkat. Insulin sendiri menggalakan pertumbuhan sel-sel kanser dan kita perlu kawal parasnya dalam darah. Oleh kerana itu, kita perlu mengambil lebih banyak minyak sihat sebagai sumber utama kalori dan pengambilan protin secara sederhana. Jika kita mengambil terlalu banyak protin ia akan menjadi gluconeogenik, iaitu ia menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil daripada protin.
2. Mengamalkan Ketogenik Diet
Dengan tidak mengambil gluttony dan karbohidrat proses dalam pemakanan seharian seseorang pesakit kanser perlu mengambil sumber tenaga alternatif untuk terus membekalkan tenaga kepada sel-sel normal. Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan 'diet ketogenik' iaitu mengambil lebih lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, mentega, minyak ikan, minyak kelapa sawit, avocado dan sebagainya.
3. Berpuasa (wet/dry)
Kaedah ini adalah untuk mengawal paras insulin dan meningkatkan aktiviti AMP-K. Dalam masa yang sama berpuasa secara berkala juga akan meningkat imuniti tubuh dengan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih untuk memusnahkan sel-sel kanser. sistem metabolism tubuh untuk menjadikan sel-sel dalam keadaan ketosis yang lebih cepat. Dengan keadaan ini, ia akan memusnahkan sel-sel kanser dan menjadikan sel-sel normal terus kekal sihat.
4. Pengambilan Garam sihat
Kajian menunjukkan apabila seseorang memulakan pemakanan ketogenic, ia akan mengalami perkumuhan garam berlebihan kerana berlakunya penurunan paras insulin. Oleh kerana itu, seseorang yang mengamalkan pemakanan ketogenik akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh yang perlu di ganti semula. Jika tidak diganti semula mineral yang hilang maka seseorang itu akan mengalami simptom seperti selsema.
5. Mengambil lemak MCT
Untuk menghasilkan keadaan ketosis adalah sesuatu yang membebankan kepada tubuh terutamanya jika anda mempunyai masalah dysfungsi mitokondria. Oleh itu penggunaan minyak MCT (medium chain triglyceride) amat baik untuk ditukarkan menjadi ketone dan meningkatkan kadar ketosis tubuh. Kita boleh mengambil minyak kelapa dara yang tinggi asid lemak laurik iaitu sejenis MCT
6. Tidur secukupnya
Mengawal stres adalah kunci kepada mengekalkan tahap ketosis yang optimum. Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah amat penting dari aspek ini. Tidur yang tidak mencukupi berkait rapat dengan paras glukosa darah dan risiko kanser yang lebih tinggi.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc (UCSI), FAGE
Doktor Perubatan Nutrisi
27/08/2021
Hukum menolak pengambilan vaksin
Tatkala dunia sedang mendepani ancaman pandemic Covid-19 yang masih belum reda, vaksin dilihat sebagai penyelesaian terbaik ketika ini. Hukum pengambilan vaksin dari perspektif Islam bukanlah isu baharu.Ia berulang kali dibincangkan dalam kalangan agamawan dan ulama', seiring situasi dan tuntutan semasa.
Pengambilan vaksin Covid-19 ketika ini bukan lagi kehendak individu tetapi keperluan yang perlu diutamakan.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain' seperti diriwayatkan Ibn Majah,"
Dalam berdepan musibah COVID-19 ini, kita perlu sentiasa menerapkan empat perkara ini dalam diri kita iaitu:
1) reda dengan ujian yang hadir
2) Islam menggalakkan kita bersabar.
3) sentiasa bertawakal
4) bersyukurlah kerana Allah SWT menurunkan penyakit ini bersama penawarnya.
'Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)' melalui Surah Al-Baqarah ayat 195.
# # # . .
20/08/2021
SALAM JUMAAT
Rasulullah SAW bersabda: "Jika seseorang keluar daripada rumahnya lalu membaca (zikir) 'Bismillahi tawakkaltu 'alallahi, walaa haula wala quwata illa billah' yang bermaksud, 'Dengan nama ALLAH, aku berserah diri kepada-Nya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya," maka, malaikat akan berkata kepadanya...'(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh ALLAH) dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (daripada semua keburukan)...sehingga syaitan-syaitan tidak akan menghampiri dan syaitan-syaitan itu berkata kepada syaitan-syaitan lain, 'Bagaimana (mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan diberi perlindungan oleh ALLAH SWT?'" (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Begitu besar hikmah membaca doa keluar rumah. Jadi Marilah sama-sama kita jadikan doa sebagai amalan ketika hendak keluar rumah agar agar terpelihara dari segala gangguan & bencana sepanjang hari tersebut InshaAllah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
UNIT NO 6 1ST FLOOR FRONT BLOCK N SYNERGY Square Jalan MATANG
Kuching