Stokis Stevia RCC

Stokis Stevia RCC

Share

Photos from Stokis Stevia RCC's post 03/06/2016

IBU TERKEJUT APABILA ANAK BERUSIA 2 TAHUN MINTA KAKINYA DIPOTONG JUGA SEPERTI IBUNYA!!!!
Ya Allah...dugaan apakah ini ,Anak kecik yg tidak memahami apa2 meminta ibunya memotong kaki kecilnya krn melihat kaki ibunya tiada akibat diabetis.
Ibunya menangis teresak2 mengenang nasib nya dan sangat pilu melihat anak sekecil itu tidak dpt diasuh dgn sempurna.
Sanggupkah anda melihat anak anda juga mengalami Situasi yg sama????
Jangan biarkan anda dlm dilema yg sama.
Menghindari diabetis lebih baik drpd merawat.
Menurut kajian 1/4 rakyat Malaysia berisiko dan akan mengalami diabetis kronik..

BAGAIMANA CARA MENYELAMATKAN ANDA????
Saya ada formulanya..
Amalkan pemakanan yg sihat
Gaya hidup yg sihat
Anda mampu mengubahnya!!!
Jom ikut kami amalkan RCC stevia supaya hidup anda sentiasa ceria.
☺☺Jangan biarkan impian anda dan keluarga anda dicuri oleh DIABETIS..
BERLEBIHAN PUNCA PENYAKIT
RACUN PUTIH

Whatsapp 017-9711764... πŸ“žπŸ“žπŸ“žπŸ“²πŸ“²πŸ“²

Photos 02/06/2016

Kurangkan pengambilan makanan manis bagi mengelak diabetes... Bertukar kpda stevia, pemanis semulajadi... πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜˜

05/05/2016

Kenali stevia...🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.

Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula.

Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Photos 05/05/2016

Perkara asas, konsep dan objektif penggunaan stevia..

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


A-1 Tingkat 1 Lorong Berjaya Permai 1
Kuantan
26060