Zack Merican
22/05/2026
Lama rasanya tak menulis. Rupanya ini kot maksud Malique dalam penulisan beliau;
"Hilang seri, hilang seru, hilang merdu..."
Bangun pagi ni membuak-buak rasanya nak menjerit. Tapi jeritan ini aku perlu lontarkan ke atas kertas dan jadikan ia sebuah melodi. Biarlah kalau yang dengar hanya 10 orang. Tahun ini kena keluar satu lagu. Ya, satu lagu.
Yang anak-anak boleh kata. Ni Ayah saya punya lagu.
Antara kedai kopi paling vibe saya jumpa di area Melawati. Cafe ada feeling macam berhubung rapat dengan alam. Hidden gem juga bagi saya. Nak sampai tu macam ke alam lain 😂
📍Kopi Village 24, Jalan Kolam Air, Taman Desa Melawati.
⏰ 6:30pm - 2am (Hari Biasa)
⏰ 6:30pm - 3am (Jumaat & Sabtu, Public Holiday)
(Hari Selasa TUTUP)
22/04/2026
Hari ini terasa antara hari yang paling sendu, lelah dan sayu dalam hidup aku. Aku sangat terkejut dengan satu berita yang aku tahu dari Threads. Bukan dari tuan badan. Tapi dari Threads.
Selama ini kami berbalas whatsapp, membalas ig story, bergurau. Tak pernah sekali pun dia menyebut tentang kesihatannya. Baru-baru ini aku pelik bila aku berseloroh, “jangan lupa panggil next project,” dia membalas, “tunggu comeback… nantikan comeback.”
Aku pelik, tapi tak terfikir jauh.
Lepas tahu berita ni, aku WhatsApp dia dan dia membalas dengan voicenote. Luluh terus jiwa raga aku. Suara seorang sahabat yang sedang bertarung dengan kesakitan tapi masih lagi nak gelak-gelak.
Allah, ampunkan aku. Aku terlalu sibuk memandang diri AKU. Sedangkan dalam perjalanan hidup ini, rupanya aku terlepas pandang keadaan sahabat sekeliling, keadaan umat Nabi, keadaan manusia lain yang sedang berjuang dalam diam.
Maafkan aku Azfar. Aku terpaksa menulis ini di media sosial. Aku tahu kau tak s**a orang lain tahu. Tapi aku ingin lebih ramai mendoakan kau, sahabat.
Buat kalian yang membaca. Azfar sedang diuji dengan sakit Kanser Germ Cell Tumor. Ini bukan sebahagian daripada scene parody atau filem pendek MTAS. Ini adalah realiti.
Ya Allah. Berikanlah Azfar kekuatan dalam tubuhnya, ketenangan dalam jiwanya dan cahaya harapan dalam setiap langkahnya. Panjangkanlah umurnya dalam kebaikan dan sembuhkanlah dia dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sisa kesakitan.
Amin ya Rabb. All love, .
Kredit foto:
08/04/2026
Sebelah saya ini yang saya panggil Ucu. Seorang sahabat yang dari luar memang nampak bengis, tapi sebenarnya cukup ramah, penyayang, baik dan kelakor orangnya. Beliau juga seorang jurulatih silat yang memang disegani disekitar Sg Buloh ni.
Baiklah, saya bukan nak angkat dia bab silat dalam posting saya ni. Saya cuma nak kongsi dengan kalian tentang halus berseninya tangan ucu dalam memperagakan atau mempersiapkan busana tradisional melayu. Dari hujung rambut ke kaki. Dari pemakaian serban, semutar, tanjak dan segala jenis baju, seluar dan macam-macam lagilah. Sangat halus dan teliti hasil kerjanya. Kalau kalian diluar sana ada majlis yang memerlukan "stylist" untuk busana tradisional melayu. Ucu lah orangnya. Boleh terus PM dan dia boleh consult dan kasi jadi sampai puas hati. Inshaa Allah. Setiap apa yabg dipakai, ucu boleh ceritakan sekali kisahnya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Address
Kuantan