JSJ IPD Kuantan
π Seksyen 414 Kanun Keseksaan
Tahukah anda?
Sesiapa yang dengan sengaja membantu menyembunyikan, memindahkan atau melupuskan harta yang diketahui atau dipercayai sebagai harta curi adalah melakukan satu kesalahan di sisi undang-undang.
βοΈ Hukuman:
Penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
π« Ingat!
Walaupun anda bukan pencuri, membantu menyembunyikan harta curi juga merupakan satu kesalahan.
Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab dan sentiasa patuh kepada undang-undang.
π¨Pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan π¨
Lelaki tempatan 42 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1 Kuantan atas 2 pertuduhan samun dan 1 kes menyembunyikan harta curi.
Kes berlaku pada 16 & 18 Mac 2026 di Kuantan, melibatkan kerugian kira-kira RM11,000 serta kecederaan mangsa.
Tertuduh ditahan pada 28 Mac 2026 bersama rampasan senjata dan kenderaan.
Kes akan disebut semula pada 14 Mei 2026. Tiada jaminan ditawarkan.
π¨Geng pecah premis tumpas! π
4 lelaki ditahan Polis Kuantan, peti besi & peralatan jenayah dirampas.
Kes Seksyen 457 KK.
π¨ Ops Curi Motorsikal, Gambang
1 April 2026 β Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan bertindak hasil maklumat.
2 motosikal curi berjaya ditemui & dirampas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Sentiasa berjaga, lapor segera jika ada aktiviti mencurigakan!
π¨ SAMUN BERSENJATA DI GAMBANG
π 28 Mac 2026
β° 1 tengah hari
Seorang lelaki warga asing disamun 2 lelaki bersenjata pisau di ladang sawit.
Mangsa cedera & rugi RM800 + motosikal.
π₯ 30 Mac 2026
Polis IPD Kuantan berjaya tahan 2 suspek (18 tahun) di Sri Jaya, Maran.
π₯ Barang kes termasuk motosikal berjaya ditemui semula.
βοΈ Disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Amaran keras kepada pelaku jenayah
Curi tabung masjid & pecah kereta bukan
perkara kecil.
Tindakan tegas telah diambil.
Seksyen 380 Kanun Keseksaan | Seksyen
427 Kanun Keseksaan
Jenayah tidak akan terlepas.
π¨ KES KECURIAN DALAM KERETA π¨
Pada 23 Mac 2026, Polis Kuantan menerima laporan kecurian beg dalam kenderaan yang diparkir di dalam kawasan rumah. Kehilangan melibatkan dokumen peribadi, wang tunai dan barang berharga.
Susulan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki dan seorang perempuan tempatan pada hari yang sama. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
β οΈ PERINGATAN:
Jangan ambil mudah!
βοΈ Sentiasa kunci kenderaan walaupun di car porch
βοΈ Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta
π Cegah sebelum kena!
25/03/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-219 π²πΎ
DSP Azmi Bin Sidek β Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan serta seluruh warga kerja Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-219 kepada semua warga Polis Diraja Malaysia.
Sambutan ini sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota polis yang sentiasa komited dalam menjaga keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan negara. Teruskan berkhidmat dengan penuh integriti, semangat dan keikhlasan demi masyarakat dan negara tercinta.
βPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaβ
20/03/2026
π Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 / 1447H π
β¨
Indah berbalam cahaya pelita,
Ketupat dianyam penuh berseni,
Syawal menjelma membawa cerita,
Salam Aidilfitri ikhlas dari hati.β¨
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim sesama kita.
Berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi.
DSP Azmi Bin Sidek
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah
IPD Kuantan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ibupejabat Polis Daerah Kuantan
Kuantan
25000