MRSM Kuantan Rasmi
29/04/2026
Hari ini dalam coretan MRSM Kuantan
*Ahmad Soleh bin Muhaimi Saifuddin*
Satu nama yang kini bergema sebagai antara 10 Pelajar Cemerlang SPM 2025 Malaysia 🇲🇾✨
Dari dewan peperiksaan ke singgahsana penghormatan, anak muda MRSM Kuantan ini melakar perjalanan luar biasa apabila menerima jemputan eksklusif ke Istana Negara dalam sebuah majlis penuh istiadat pada 29 April 2026—sebuah pengiktirafan tertinggi yang bukan semua mampu gapai.
Ini bukan sekadar kejayaan. Ini adalah kisah tentang pengorbanan, tentang air mata yang tidak terlihat, tentang doa yang tidak pernah putus… akhirnya terangkat menjadi sebuah kebanggaan negara.
Hari ini, Ahmad Soleh berdiri bukan hanya sebagai pelajar cemerlang, tetapi sebagai simbol harapan—bahawa mimpi besar itu nyata, jika kita berani mengejarnya.
Tahniah! Sebuah nama, sebuah legasi yang mula terukir. 🌟
28/04/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Tuan/Puan,
Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.
Bersama-sama ini disertakan iklan jawatan kosong guru ganti (sambilan ) subjek Kimia untuk hebahan di pusat tuan/puan bagi memudahkan pihak kami mencari calon yang sesuai serta dapat mengisi kekosongan jawatan sambilan tersebut.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"LUAR BANDAR SEJAHTERA"
Saya yang menjalankan amanah,
Muhamad Kamil bin Ismail
Penolong Pegawai Tadbir Kanan
b/p Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Kuantan,
Jalan Tok Sira, Alor Akar,
25050 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5675149 samb 205
23/04/2026
Tamat kejohanan Ragbi MSSD Kuantan 2026
*Alhmdullillh Pasukan Ragbi mendapat Tempat 2 Kejohanan*
Terima Kasih kepada semua yang menyokong perjuangan team ragbi
Tq Cg Ku Nasri Cg Bru Muhammad Nasri selaku Guru penasihat merangkap jurulatih
Cg hairi Pengurus/kitman♥️
Semoga kejayaan ni menyuntik semangat ank2 murid untuk bergerak seiring mencapai kecermerlangan dalam akademik dan kokurikulum’
Terima kasih pengurusan
Terima kasih muafakat
Terima kasih ibubapa
Terima kasih guru2
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Tok Sira
Kuantan
25250