Yah Home Bakery

Yah Home Bakery

Share

08/08/2021

Mencari makanan untuk minum petang? Roti garlic yang sedap dinikmati. Roti homemade gebu gabas, rugi melepas sampai termimpi mimpi kesedapan roti garlic sebenarnya. Untuk tempahan boleh whatsapp https://wa.me/60148129070, postage dan cod area kuantan.

07/07/2021

DIY BAHULU 3 BAHAN

Morning semua! Haa nak tahu apa bahan-bahanya siap begambar meh klik sini

https://bit.ly/bahulu3bahan

Tapi kalau tak sempat jugak dengan anak PDPR kan meh order jer dengan Yah

06/07/2021

TIPS ACUAN KUIH BAHULU/CARA TAK MELEKAT

Acuan bahulu atau acuan kuih kemboja yang baru dibeli selalunya akan menyebabkan kuih melekat. Ini ada satu petua bagi mengelakkan acuan baru melekat apabila kita buat kuih cara, bahulu atau kuih kemboja.

Langkah 1: Ambil sejemput asam jawa, bancuhkan dengan segelas air dan masukkan bancuhan air asam jawa tersebut kedalam lubang2 acuan bahulu atau acuan kemboja. Pastikan bancuhan air asam jawa dituang didalam lubang acuan sahaja.

Langkah 2 : Biarkan ia semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati keadaan begini pada acuan bahulu anda

Langkah ke 3 : Bersihkan acuan anda dari perapan asam jawa, jangan guna sabun. Basuh dengan air sahaja.

Langkah ke 4 : Panaskan oven anda dengan kepanasan yang rendah seperti 60 C.

Langkah ke 5 : Masukkan acuan tadi dan biarkan selama 30 minit sehingga ia betul2 kering.

Langkah ke 6 : Masukkan minyak masak kedalam lubang acuan bahulu atau kuih kemboja anda dan panaskan ia selama beberapa jam dengan oven bersuhu 60 C.

Kredit : Norain's World of Beauty

05/07/2021

Idea minum petang 😍

Bakar bahulu guna air fryer je, takyah pakai arang, stove semua tu ... Ok je, rangup bahulu dibakar guna AF...masa membakar pun lebih pendek 😍

Resipi :-

- 3 biji telur saiz A
- 150 gram gula castor
- 150 gram tepung gandum (ayak)
- sedikit esen vanilla

Cara-cara :-

1. Pukul telur dan gula sehingga gebu (saya guna hand mixer)
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan mixer sekejap bagi sebati je
3. Panaskan acuan bahulu di dalam air fryer
4. Sapukan minyak pada acuan
5. Tuangkan adunan
6. Set airfryer 180°C selama 8minit atau sehingga garing. Siap. 😁

🌸Kredit to FB Erni Nana🌸

Psttt! Kepada yang tak sempat nak membuat bahulu boleh dapatkan dengan Yah Home Bakery ya!

Want your business to be the top-listed Bakery in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Taman Tas
Kuantan
25150