Haris Mat Isa
25/03/2026
REZEKI JEMPUTAN KE TANAH SUCI
(TAJAAN PERSENDIRIAN) ✨
Siapa sangka, mungkin ini asbab anda sampai ke Mekah tahun depan. Saya mencari 20 orang individu yang bersungguh-sungguh dan serius ingin menunaikan Umrah melalui Pakej Sederhana Malaysia Airlines.
Tajaan ini merangkumi kos penuh penginapan, makan, dan penerbangan (Fullboard). Namun, bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar komited, saya meletakkan satu syarat mudah:
✅ Calon mestilah berkemampuan membayar deposit booking sendiri.
Selebihnya, biarlah saya yang uruskan.
Rezeki ini terhad kepada 20 orang sahaja.
Berminat? Boleh terus PM saya atau WhatsApp:
📞 016-5610163 (En Haris)
http://wasap.my/60165610163/UmrahTajaan
Ya Allah, limpahkanlah rezeki yang tidak putus-putus kepada kami, dan jadikanlah setiap usaha kami penuh keberkatan. Aamiin Yaa Rabb..
28/11/2025
Mengapa Nabi SAW Risau Bila Melihat Awan Gelap?
Walaupun hujan adalah rahmat, Nabi Muhammad SAW tetap berasa bimbang apabila melihat awan hitam. Ini kerana:
1️⃣ Bimbang jika ia membawa azab seperti kaum terdahulu
Awan gelap pernah menjadi tanda permulaan azab kepada beberapa umat zaman dahulu.
Contoh paling jelas , kaum ‘Ad.
Allah berfirman:
“Maka tatkala mereka melihatnya (angin yang berupa awan hitam) menuju ke lembah mereka, mereka berkata: ‘Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita.’
Tidak! Bahkan itulah azab yang kamu minta disegerakan…” Surah Al-Ahqaf: 24
Sebab itu Nabi SAW takut bencana, walaupun Baginda adalah kekasih Allah.
2️⃣ Tanda hati Nabi SAW yang penuh tawaduk & bergantung pada Allah
Baginda tidak pernah merasa selamat daripada ujian Allah, walaupun Baginda manusia paling mulia.
Ini menunjukkan rendah diri dan rasa takut (khauf) yang seimbang dengan harapan (raja’) kepada Allah.
3️⃣ Hadis jelas tentang rasa cemas Nabi SAW
Aisyah RA berkata:
“Apabila angin bertiup kencang, wajah Nabi SAW akan berubah. Beliau kelihatan gelisah.”
Bila ditanya, Baginda menjawab:
“Aku bimbang ia mungkin membawa azab kepada umatku.” (Riwayat Muslim)
4️⃣ Awan gelap = satu peringatan, bukan semestinya bala
Nabi SAW selalu mengajar untuk:
• Berdoa apabila nampak awan gelap
• Mengharap rahmat
• Takut akan ujian
Doa Nabi ketika melihat awan/hujan:
Doa melihat angin / awan gelap
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ
Maksud:
“Ya Allah, aku mohon kebaikan angin/hujan ini, dan kebaikan apa yang ada padanya, dan kebaikan apa yang dikirim bersamanya.Dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan angin/hujan ini, dan kejahatan apa yang ada padanya, dan kejahatan apa yang dikirim bersamanya.” Riwayat Muslim
Ini doa khusus bila awan gelap datang, angin bertiup kuat, atau cuaca mula gelap.
Ketika hujan mula turun
Baru Nabi SAW baca doa:
Doa hujan turun (Sayyiban Nafi’an)
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksud:
“Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. Riwayat Bukhari
🌧️ Ringkasnya
Nabi SAW takut apabila awan hitam melanda kerana:
✓ Bimbang ia membawa azab seperti umat terdahulu
✓ Hati Baginda penuh taqwa & tawaduk
✓ Sentiasa mengingatkan umat supaya berdoa & kembali kepada Allah
✓ Awan boleh membawa rahmat atau bala , hanya Allah yang tahu.
Foto : Kedah kini.
Kredit : Zulhafidz Yahaya.
Kita orang bisnes, kita pakai otak bisnes untuk urus bisnes sendiri.
Kita tak boleh urus bisnes dengan otak orang makan gaji. Otak orang makan gaji adalah untuk orang makan gaji.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Address
Kuantan