Sis Ina Beauty Mobile Spa

Sis Ina Beauty Mobile Spa

Share

16/02/2025

Masak simple je dinner malam ni sebab tak larat
Oden simple cara bahan apa yang ada
1. Tumis bawang putih bawang merah sikit.
2. Masuk akar ketumbar
3. Masukkan pes tomyam dan pes asam pedas
4. Tuangkan air
5. Seketul kiub pati ayam
6. Masukkan semua jenis steamboat
7. Dah mendidih masukkan daun ketumbar, enoki dan maggie.
8. Kemudian jemput makan semua

Dapatkan banyak lagi resepi mudah dan simple dekat sini >>https://t.me/AnekaResepiMudah

kredit : Aliya Syahira

07/08/2023

Resepi Kek Tapak Kuda Lazat

RESPEI KEK TAPAK KUDA

Bahan-bahan :

3 biji telur
3 biji kuning telur
108 gram gula
66 gram tepung kek
1 tspn susu tepung
81 gram butter cair
1 tspn ovellete
1 tspn baking powder
Esen vanila
1 tspn choc emulco
Nutella secukupnya

Cara Penyediaan :
1:- Pukul telur, gula dan ovellete hingga separuh kembang. Kemudian masukkan bahan kering.
2:- Apabila adunan sudah kembang, masukkan esen vanila dan butter yang telah dicairkan. Kacau secara kaup balik.
3:- Asingkan 1 mangkuk adunan dan masukkan choc emulco. Ini untuk adunan chocolate.
4:- Lapik loyang 10 inci dengan parchment paper dan tuangkan adunan choc.
5:- Untuk lapisan adunan putih, digalakkan menggunakan piping bag supaya kek tidak berombak. Penuhkan loyang dengan adunan putih.
6:- Bakar kek selama 25 minit dengan suhu 140°c.
7:- Potong kek kepada 2 bahagian, dan sapukan dengan nutella. Lipat kek kepada dua.
8:- Sejukkan kek dan sedia untuk dihidang

Credit To Owner

27/05/2023

TIPS RUMAH KEKAL WANGI

Jom wangikan rumah...sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me 🤣🤣

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot ❤

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik https://shope.ee/8UdjmFd0Ea
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah ❤

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah ❤

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
pelembut fabrik Thai 👉 https://shope.ee/8UdjmFd0Ea
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Guna pelembut fabrik Thai yang ni 👉 https://shope.ee/8UdjmFd0Ea

Selamat Mencuba 😊

Kredit : Nik Zainah Muhammad
Owner Rumah : Zilly Ekieyda Full

Photos from Resepi Orang Kampung's post 28/03/2023
Biskut klasik - Biskut bunga cina | Shopee Malaysia 23/01/2023

Biskut klasik - Biskut bunga cina | Shopee Malaysia Biskut Klasik. Citarasa tersendiri. HALAL dan Homemade. - Buy Biskut klasik - Biskut bunga cina

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Is
Kuantan
26060