Tadika Mesra Net

Tadika Mesra Net

Share

Photos from Tadika Mesra Net's post 24/12/2025

🌱 ANAK KITA MEMBESAR, BUKAN BERLUMBA 🌱

Ibu ayah pernah rasa risau bila dengar soalan ini?
“Anak dah pandai baca belum?”
“Dah boleh menulis ke belum?”
Kami faham 🤍

Tapi di sebalik semua itu, pernahkah kita bertanya:
“Anak saya dah kenal Allah belum?”

🌸Di Tadika Mesra Net, kami percaya pendidikan yang sebenar bermula daripada iman. Anak-anak dididik untuk:

✨ kenal siapa Pencipta mereka
✨ mengenal dan mencintai Nabi Muhammad ﷺ
✨ belajar adab, akhlak dan nilai murni dalam kehidupan seharian
✨ mendekati dan mencintai Al-Quran sejak kecil

🌸Semua ini disampaikan melalui pembelajaran yang menyeronokkan, sesuai dengan usia dan fitrah anak-anak.

📖 Membaca dan menulis itu penting, tetapi iman yang menjadi asas jiwa jauh lebih utama. Kerana anak yang hatinya kenal Allah,
akan lebih mudah dibimbing menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.

🌸 Kami di Tadika Mesra Net bukan mendidik sendirian, tetapi bergandingan dengan ibu bapa, membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan arah yang jelas.

🌸 Bukan sekadar pandai, tetapi menjadi anak yang beriman, beradab dan mencintai Al-Quran.

📩 Pendaftaran Sesi 2026 masih dibuka.
Ibu ayah yang mencari prasekolah berteras tarbiyah, kami sedia berjalan bersama, in shaa Allah.

🌸Bersama mendidik Generasi Yang Cinta Al-Quran, Robb dan Rasul-NYA.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


1644 Lorong Gemia, Jalan Panji Alam
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00