LegauToys Collection

LegauToys Collection

Share

23/11/2025

Dalam hati aku.. Teringin sangat nak kumpul kamen rider black rx.. Masa kecik aku dulu, ini la kamen rider yang aku berpeluang tengok pun. Cuma masa tu bukan la versi jepun. Tapi versi saban.. Nama dia waktu tu mask rider.. Itu pun dah cukup menghiburkan masa kanak-kanak aku.. Helmet dan koler suit dia buat watak kamen rider black rx betul-betul nampak seakan-akan belalang..

Masa pun berlalu berserta umur aku yang meningkat tua ni.. Sampai aku pun lupa, ini la satu-satunya watak kamen rider yang pernah mendapat tempat dihati aku.. Sampai la hari tu aku nampak release SKC kamen rider black rx. Tiba-tiba bangkit semula kenangan mask rider menerjah ingatkan aku.. Sakit sungguh perasaan ni.. Mencintai, tapi tidak memiliki..

Aku kemam perasan ni.. Kemudian aku telan.. Agar dia tenggelam semula jauh ke dalam hati aku dengan harapan dia menghilang bersama waktu.. Tapi takpa la.. Mungkin bukan hari ni.. Kalau ada rezeki nanti akan bersusun jugak koleksi kamen rider black rx dalam rak mainan aku tu..

10/07/2025

[News]
Funko POP! Animation (2073) - Dragon Ball GT - Vegeta SS4.
Tarikh keluar pasaran pada Ogos 2025.

Akhirnya ada alasan nak beli funko Vegeta. Selama ni aku skip semua figura vegeta mainkan dia Ichiban Kuji. Tapi memandangkan ini SS4, figura biasa, gashapon malahan keychain pun aku kumpul.

10/06/2025

[Sesi Curhat]
Aku akur yang aku ketinggalan dalam hobi koleksi mainan. Ada banyak mainan yang aku terlepas sebab aku baru tahu kewujudan dia sedangkan item tu dah lama release sampai item tu dah takde di pasaran. Kalau ada di pasaran pun mungkin harga dia sekarang dah jadi tak masuk akal. Atau secara jujurnya aku tak mampu la nak ikut rentak harga yang macam gitu.

Walaupun begitu, cita-cita aku tetap tinggi. Dalam kes aku ni, aku terlepas nak kumpul bandai legacy zords yang aku kena buru. Bukan banyak pun yang aku perlukan. Aku cuma nak white tigerzord (won tiger), dragonzord (dragon caesar) dan falconzord (tsubasamaru) untuk custom jadi white tiger dragonzord idaman aku ni.. Tapi lineup bandai legacy dah susah nak jumpa dan harga 2nd hand value dia sekarang melampau.

Walau bagaimanapun, spektrum koleksi mainan ni luas.. Kalau tak dapat bandai legacy, masih ada lagi cara lain untuk aku laksanakan cita-cita aku.. Ada banyak lagi lineup lain yang aku boleh pilih. Kebetulan aku dapat ilham yang lebih baik. Aku rasa aku lebih selesa dan tenang dengan pilihan alternatif ni nanti. Dan yang pastinya nak custom pun lebih mudah jika nak di bandingkan dengan bandai legacy. Ada banyak kelebihan dari pilihan alternative dari pilihan asal bandai legacy.

Ok.. Gambar ni adalah gambar white tiger dragonzord. Dia tak ada dalam sentai zyuranger mahupun di mighty morphine power rangers. Dia cuma ada dalam siri komik power rangers sahaja. Aku s**a sangat dragonzord (dragon caesar) sampai aku nak kumpul semua form dia dalam mana-mana siri pun. Dan kalau dia takde official release, aku akan custom sendiri. Tulah beban fikir yang bersarang dalam kepala aku sekarang ni. Sedikit dilema dan cara menyelesaikannya.. Macam mana aku nak selesaikan masalah ni. Kita tengok nanti jika ada rezeki dan jika tuhan mengizinkan..

11/10/2024

Nampaknya aku dah jatuh cinta dengan wifu sorang ni..

Want your business to be the top-listed Shop in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kuala
42300