GONG

GONG

Share

09/06/2026

Nok santan Gong pack kecik²? Cari di Sabasun.. Luncurrrr!!

21/05/2026

KESAN SEMBELIT PADA ANAK-ANAK

Sembelit pada kanak-kanak bukan sekadar “susah membuang”. Kalau berlarutan, ia boleh beri kesan pada fizikal, emosi dan tabiat anak.

Antara kesannya:
1. Sakit perut & perut kembung
Najis yang lama terkumpul dalam usus boleh menyebabkan perut rasa keras, kembung, senak dan tidak selesa.

2. Sakit ketika membuang air besar
Najis yang terlalu keras boleh menyebabkan anak rasa sakit atau pedih semasa meneran. Ada juga yang boleh berlaku luka kecil pada dubur (a**l fissure) → boleh keluar sedikit darah.

3. Anak jadi takut ke tandas
Bila setiap kali membuang rasa sakit, kanak-kanak mungkin mula tahan najis. Ini buat sembelit jadi makin teruk — satu “kitaran” yang berulang.

4. Selera makan menurun
Perut yang penuh dengan najis boleh buat anak cepat kenyang, kurang makan atau pilih-pilih makanan.

5. Gangguan tidur & emosi
Ada kanak-kanak jadi mudah meragam, cepat marah, kurang aktif atau sukar tidur sebab ketidakselesaan.

6. Kebocoran najis (encopresis)
Kes sembelit kronik boleh menyebabkan najis cair “bocor” tanpa sedar pada seluar sebab najis keras tersumbat di dalam.

7. Risiko buasir / masalah dubur
Walaupun kurang biasa pada kanak-kanak, meneran terlalu kuat dan kerap boleh beri tekanan pada kawasan dubur.

Tanda sembelit yang biasa pada kanak-kanak:
-Buang air besar kurang daripada kebiasaan (contoh ≤2–3 kali seminggu)
-Najis keras / berketul macam batu
-Meneran lama
-Menangis semasa membuang
-Perut kembung
-Anak menahan najis (silang kaki, mencangkung, menyorok)

Perlu jumpa doktor jika ada tanda ini:
-Darah banyak pada najis
-Muntah
-Perut terlalu buncit / sakit kuat
-Berat badan turun
-Tak membuang berhari-hari + sangat tidak selesa
-Bayi kecil yang ada masalah sejak lahir

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 60099 Jalan Panji Alam, Kampung Gong Pak Maseh
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00