Dr.Ridz SkinLabs
03/05/2023
Alhamdullilah, Allah bantu untuk mudahkan perjuangan kami untuk spread awareness dikalangan rakyat Malaysia tentang bahaya penggunaan produk2 berisiko (timbang kilo,OEM,tipu declare, import luar) yg tanpa seliaan badan2 bertanggungjawab seperti KKM,JAKIM etc.
Ada jg komen2 sinis dlm beberapa post (cth: krim dari china) yang cakap kami ni saja nak condem produk orang sebab "Nak bagi laku produk sendiri"... Mula2 tu kami delete je komen2 mcm ni. Tp bila makin banyak, rasanya terpanggil juga utk kami jawab komen2 sinis mcmni...
REALITI MASALAH GENETIK KULIT
Especially utk eczema, ini adalah mslh genetic disorder. Dia tak akan & tak boleh terus sembuh dgn penggunaan ubat-ubatan semata2. Kalau terlanggar pantang atau contact dgn pencetusnya, flare tu akan dtg balik. Ada yg punca dari dalam, ada yg dari luar (blh baca posting sblm ni tentang exogen vs endogen eczema)
Sbb tu kn jmp Dr pakar utk check condition kulit anak2 samada btl ke eczema atau hanya jangkitan kuman/kulat. B*k juga kes salah diagnose cth mcm yg ringworm (kurap) tp Dr igt eczema (nunmullar/discord type).
Klu confirm eczema, mmg kena standby krim2 utk manage symptoms2 bila flare tu trigger. Kat sinilah problem dia bila terpaksa bergantung dgn krim2 steroid utk manage symptoms ni. Klu dh lama sgt guna, badan akan penuh toxic & steroid. waktu ni la kita blh tgk side effect mcm TSW etc.
Tahap tolerance terhadap ubat/steroid stp orang ni tak sama. Ada yg high tolerance, ada yg low. Sbb tu ada ubat berkesan dgn si A tp x untuk si B. Si C guna xde side effect, yg D guna sikit dh naik mcm2 symptom.
Jd please jgn simply suggest/promote produk2 klu kita sendiri pun tak pasti kandungan produk tu mcmn, unless kita akan bertanggungjawab klu apa2 jadi bila guna produk tu.
Maybe it work for you but not for others especially for kids... Klu anda pernah handle atau ada pengalaman anak pernah kena side effect akibat salah guna steroid, sy xrasa anda akan sanggup utk promote lg steroid. Sbb tu klu visit page2 eczema community b*k sgt dah parent yg sedaya supaya nak avoid guna steroid.
REALITI PRODUK KULIT PASARAN MALAYSIA
Rasanya ada beratus ribu produk kulit dari drugstore, farmasi, smp la online store. Ada yg jenama international, ODM/OEM, timbang kilo, ada yg import luar terus jual.
Yg ada KKM pun blm tentu legit, apatah lagi yg langsung tak ada…
Jd nak elak kena tipu dgn produk bahan bahaya ni adalah tanggungjawab anda sendiri untuk check betul2 bahan apa guna, apa sijil, research paper, journal kajian, base on teknologi apa, siap yg buat formulasi, dari mana datangnya produk ni, siapa founder/pengasasnya, syarikat mn yang jual, apa no contact mereka.
Ini semua hak2 anda perlu tahu dan tanya kepada penjual2 produk. Mereka wajib disclose semua benda ni kepada pengguna. Anything happen to you once dah guna, senang nak ambil tindakan undang2 (saman etc).
OBJECTIF UTAMA DR.RIDZ SKINLABS
Objectif kami yg utama selain keuntungan (of course mn ada orang buat business sbb nak bg rugi) adalah untuk educate masyarakat tentang perlunya berhati2 bila beli/guna sesuatu produk. Tp kalau sekadar kita educate tanpa bg solution apa nak guna pun susah jg. Beratus soalan sehari kn jawab " Dr, produk # # ni ok x? jenama YYYY ni ok ke? ZZZZ ni org ckp ada steroid, btl ke?....
Xpasal2 kena jd consultant produk org plak, nak cek bahan apa semua bagai. Mmg ada 2 3 produk/jenama yg kami kutip dalam market utk buat analysis makmal check kandungan bahan2 bahaya. Setengahnya ada camphor, & ada steroid.
Tp tu la... nak hantar analisis 1 produk ni kosnya shj dh dekat RM500-RM800. Br baru 1 produk. Bayangkan brp ratus/ribu produk2 berkaitan kulit yg dijual kat Malaysia ni? Sp yg nak tanggung kos klu smua nak kena hantar test?
Jd paling senang, kami hasilkan sendiri produk yg kami yakin paling selamat & BERKESAN, meet semua requirement KKM, JAKIM, SIRIM, lulus labtest yang manufactured oleh MALMAL & KILANG KAMI SENDIRI (Dr.Ridz Manufacturing).
Tak cukup dgn tu, kami hantar formula2 kami untuk masuk pertandingan innovasi smp international level (MTE, PECIPTA, ITEX, etc) sbb smua produk2 ni adalah "research base" dgn kerjasama gabungan kepakaran Dr Ridzuan & pakar2 universiti tempatan.
Alhamdullilah, hampir semua event kami masuk dapat Gold Medal Award...
Kita berikhtiar, kepada Allah jualah kita berserah keputusannya. Semoga apa jua solusi yg anda sedang gunakan sekarang mampu selesaikan masalah & dihindari dari kesan2 yg tak diingini...
09/04/2023
Seorang bayi yang baru berusia 4 bulan datang ke klinik untuk pemeriksaan rutin. Doktor mendapati berat badan bayi ini naik mendadak dan mukanya bulat seperti bulan!
Mungkin ibu ibu sangka ia satu perkara yang normal. Pertanyaan lanjut mendapati neneknya ada menggunakan krim steroid untuk masalah ruam lampin sejak 2 bulan lalu. Krim di sapu untuk 5-8 kali setiap hari!
Krim yang mengandungi steroid ini meresap dari permukaan kulit masuk ke dalam peredaran darah dan menyebabkan perubahan hormon sehingga menjadi Cushing Syndrome.
Berhati hati ya, penggunaan berterusan melebihi 7 hari krim steroid perlu ada pemantauan doktor. Krim perlu di sapu mengikut arahan dan hanya di sapu lapisan nipis sahaja.
Rujukan
Alkhuder L, Mawlawi H. Infantile Iatrogenic Cushing Syndrome due to Topical Steroids. Case Rep Pediatr. 2019;2019:2652961. Published 2019 Dec 2. doi:10.1155/2019/2652961
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Tingkat 2, PT 33848, Dataran Tembusu
Kuala
21300