Islah Centre

Islah Centre

Share

01/02/2026

[KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN]

✨✨✨

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”

[Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asas di dalam agama. Amin.

✨✨✨

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

14/12/2025

[PELAKSANAAN UJIAN BACAAN & TAJWID - AKHIR TAHUN 2025]

Assalamualaikum wbt.

Merujuk kepada perkara di atas, ujian tahunan akan dilaksanakan pada minggu hadapan seperti ketetapan berikut :

📌 Ujian Bacaan
Tarikh : 15 & 16 Disember (Isnin & Selasa)
Masa : 6.00 petang hingga 9.00 malam
Medium : Atas Talian - Google Meet
Pelaksanaan : mengikut slot masing-masing

📌 Ujian Tajwid
Tarikh : 17 Disember (Rabu)
Masa : 7.30 hingga 9.00 malam
Medium : Atas Talian - Google Meet

Sekian untuk pemakluman.
Terima kasih.

29/10/2025

Assalamualaikum wbt.

Pihak Akademi AQAIYT membuka sebarang komen atau cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan kelas pengajian di bawah kendalian kami.

Sebarang idea dan komen tuan/puan boleh diajukan kepada pihak pengurusan ataupun Pengurus Pusat seperti yang tertera di bawah :

Admin - Ustazah Naqiyyah
Pengurus Pusat Kuala Nerus (pengajian bersemuka) - Ustaz Zakwan
Pengurus Pusat Islah (pengajian atas talian) - Ustazah Sayidah

Tuan/puan juga boleh salurkan sebarang idea dan cadangan penambahbaikan melalui Facebook rasmi Akademi Al Quran Alumni Imtiaz Yayasan Terengganu

Sekian, terima kasih.

14/07/2024

[ ANJURAN BERPUASA PADA 9 & 10 MUHARRAM ]

Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Berpuasa pada hari 'Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. [Riwayat In Majah (1738)]

Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi sunat untuk kita berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.

Ayuh sama-sama kita penuhi amalan sunat di bulan ini sebagai usaha untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, insyaAllah ✨

(Petikan di ambil daripada instagram akaun rasmi myjakim)

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan Lapangan Terbang
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 18:00 - 21:30
Tuesday 18:00 - 21:30
Wednesday 18:00 - 21:30
Thursday 18:00 - 21:30
Sunday 18:00 - 21:30