Multiracial Reverted Muslims - MRM
Nearby non profit organizations
8-A, Lorong Chow Kit, 4, Jalan Raja Laut
11/06/2026
Mualaf ibarat bayi yang baru belajar merangkak. Bimbinglah mereka sebagaimana kita mendidik anak-anak kecil kita.
11/06/2026
Ada yang sedang mengejar impian.
Ada yang sedang mengejar cinta.
Ada yang sedang mengejar kejayaan.
Tetapi akhirnya semua manusia sedang mencari perkara yang sama:
Makna dan tujuan hidup.
Jika anda mempunyai persoalan tentang Tuhan, Islam atau tujuan kewujudan manusia, kami sedia mendengar.
📍 Jumpa kami di lokasi tertera.
Kerana satu perbualan yang ikhlas boleh mengubah seluruh arah kehidupan seseorang.
08/06/2026
[“Keluarga Saya Ugut Saya Keluar Islam Jika Mahu Diterima Semula Sebagai Anak”]
“Saya mendapat tentangan yang teruk daripada keluarga. Sehinggakan diugut untuk keluar Islam semula hanya untuk diterima sebagai keluarga.”
2 tahun memeluk islam tetapi pelbagai ujian yang sedang ditanggung oleh beliau.
Lalu saya bertanya kepadanya,
"Jadi bagaimana sekarang? Kuat awak lalui semua ini"
Beliau membalas
"Haza min fadli rabbi. Semua dengan bantu Allah. Alhamdulillah. Saya bersyukur saya diberi kekuatan"
Allahu Akbar. Terdiam sejenak memuhasabah diri.
Semalam kami berpeluang membawa beberapa sahabat Belum Muslim dan juga Mualaf melawat Masjid Seri Sendayan.
Bagi sebahagian daripada kita yang lahir sebagai Muslim, mungkin lawatan ke masjid adalah perkara biasa.
Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan seorang Mualaf yang merupakan satu-satunya Muslim dalam keluarganya?
Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan seorang wanita yang dikelilingi ahli keluarga Belum Muslim tetapi perlu berjalan sendirian menuju masjid?
Atau bagaimana perasaan seorang wanita Belum Muslim yang selama ini hanya melihat masjid dari luar tetapi tidak pernah berpeluang melihat sendiri apa yang berlaku di dalamnya?
Salah seorang peserta berkata,
“Keliling saya adalah non-Muslim. Saya tidak ada rakan untuk melakukan ibadah solat bersama. Ini adalah kali pertama saya dapat ke masjid.”
Bayangkan.
Kita membesar dengan azan, surau dan masjid di sekeliling kita.
Tetapi ada saudara kita yang memeluk Islam tanpa mempunyai seorang pun ahli keluarga Muslim untuk menemani mereka ke masjid.
The pain is real.
Walaupun membesar di Malaysia, ada antara mereka yang tidak pernah melangkah masuk ke dalam masjid.
Bukan kerana mereka membenci Islam.
Tetapi kerana mereka tidak pernah mempunyai ruang yang selamat untuk bertanya, melihat dan memahami.
Antara yang menyentuh hati saya apabila seorang peserta berkata,
“Saya Kristian, tetapi hati saya dekat dengan Islam. Saya percaya Allah sebagai satu-satunya Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir.”
Sebagai seorang ibu, beliau teruskan pertanyaan,
“Anak saya seorang Kristian. Saya tidak memaksa dia menerima Islam. Tetapi bolehkah saya membawanya ke masjid selepas ini? Saya mahu dia sendiri merasai dan memahami Islam.”
Bukankah setiap manusia berhak mencari kebenaran?
Bukankah setiap manusia berhak bertanya tanpa dihukum?
Bukankah setiap manusia berhak memahami Islam daripada sumber yang betul, bukan daripada persepsi dan sangkaan?
Sebab itulah MRM berusaha menyediakan ruang yang selamat untuk Belum Muslim dan Mualaf.
Ruang untuk bertanya.
Ruang untuk berkongsi.
Ruang untuk belajar.
Ruang untuk tidak merasa keseorangan dalam perjalanan mengenali Islam.
Kerana kadangkala, seseorang tidak memerlukan seribu hujah.
Mereka hanya memerlukan seseorang yang sudi menemani mereka melangkah masuk ke dalam masjid buat kali pertama.
Bagi wanita Belum Muslim atau yang ingin mengenali Islam atau melawat masjid bersama kami, boleh WhatsApp Admin MRM di 010-355 6768.
Bagi para Mualaf wanita yang sedang berdepan cabaran, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Kami sentiasa bersedia untuk berjalan bersama anda.
Empowering Women, Changing Lives.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa
Kuala Lumpur & Selangor
5648 1052 0353
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Address
Multiracial Reverted Muslims, No 12-1, Jalan 4/27F, Off Jalan Genting Klang, Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 18:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Sunday | 08:30 - 17:30 |