JSI
Jom Selamatkan Income (JSI) membantu pelanggan menyediakan satu dana pendapatan JSI yang mencukupi dan berterusan secara cekap & kos efektif demi membantu pelanggan menyara diri dan keluarga, menyelesaikan komitmen hutang-piutang dan tanggungan sedia ada.
24/06/2019
Encik Samdin seorang yang bekerjaya dan telah berkahwin mempunyai 4 orang anak dan isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau berlatar belakang dari keluarga yang kaya kerana harta bapanya.
Suatu hari ditakdirkan bapa En Samdin telah meninggal dunia dan meninggalkan harta yang tidak diketahui oleh si anak mahupun ahli keluarga. Malangnya, bapa beliau tidak melantik pentadbir untuk menguruskan harta beliau sebelum mati. Sebagai seorang muslim, untuk selesaikan hibah dan faraid tidak semudah yang disangka. Banyak prosedur diperlukan yakni surat pengesahan yang sah terhadap harta si mati. Semuanya perlu diuruskan sendiri.
Penat lelah turun naik mahkamah bukan dalam jangka yang pendek malah memakan masa tahun untuk diselesaikan. Pelbagai badan perlu dirujuk dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Selain harta dibekukan, keluarga hidup seperti biasa dengan keperluan yang terhad. Yuran perkhidmatan peguam semakin bertambah kerana tidak mampu, ahli keluarga jadi berhutang. Lagi bertambah runsing apabila isteri beliau tiada pendapatan.
Maka dari situ, En Samdin mula sedar dan terbuka mata bahawa betapa pentingnya pengurusan harta. Lalu beliau mencari jalan untuk berjumpa dengan pakar perancangan harta bagi membantu beliau mengurusankan harta yang ada agar tidak terjadi kesusahan dan beban seperti yang beliau rasai sekarang kepada ahli keluarga kelak dengan kebekuan harta selepas pemergiannya.
En Samdin bersyukur, dengan adanya pengurusan yang cekap dan professional seperti program jom selamatkan income ini, beliau tidak lagi bimbang, susah hati jika terjadi apa-apa yang tidak diingini berlaku tanpa membebankan keluarganya.
Anda mahu selamatkan income keluarga anda? Boleh layari klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
15/06/2019
Ya Allah, malunya. Tergamak sungguh orang tu, tak boleh ke datang ziarah keluarga arwah dan slow talk?
Sebuah kubur yang masih merah, terdapat satu plastik putih membaluti batu nisannya. Di atas plastik itu ada tulisan yang amat merentap hati si waris, iaitu nama dan no.telefon untuk dihubungi kerana arwah ada hutang yang belum langsai. Mungkin banyak hutang tu, namun sanggup dan mampukah waris tolong bayar hutang itu?
Kejadian berlaku di salah sebuah perkuburan di Kuala Lumpur. Nama arwah dan dimana biarlah rahsia demi menjaga air muka keluarganya. Bukan semua orang boleh lupakan begitu saja hutang piutang. Pokok pangkalnya hutang wajib dibayar.
Mungkin masalah ini boleh dielakkan jika arwah ada buat perancangan berkaitan harta dan hutang dilakukan semasa hidup. Harus fikir apa akan jadi pada anak isteri jika si suami tiada suatu hari nanti? Cukupkah harta yang tinggal untuk lunaskan hutang piutang tanpa susahkan waris hingga bawa mereka hidup seperti dalam neraka?
Supaya ini tidak terjadi pada diri anda, saudara mara dan sahabat anda, saya ingin jemput anda datang belajar cara selamatkan income. Program Jom Selamatkan Income ini dibuat untuk memastikan pendapatan sara hidup untuk diri sendiri dan keluarga masih berterusan, tidak terputus dan cukup. Malah dapat sediakan dana rawatan dan perubatan untuk merawat sakit kronik khususnya kos yang tinggi. Selain itu, mampu sediakan pembiayaan untuk lunaskan segala hutang supaya tiada tunggakan.
Kepada yang berminat untuk explore lebih lagi tentang manfaat Program Jom Selamatkan Income, klik Join Group JSI https://www.facebook.com/groups/JomSelamatkanIncome/ untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan kami.
Sediakan payung sebelum hujan, itu lebih baik.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Tingkat 7, 566 Wisma Kah Motor, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
51200