The Rojak's Life
FOLLOW page kami sekarang!
✅ Update menarik setiap hari
✅ Tips & info bermanfaat
✅ Komuniti aktif & mesra
27/02/2025
PELAKON yang terkenal dengan siri Netflix Bloodhounds, Kim Sae-ron, ditemui meninggal dunia di rumahnya pada 16 Februari.
Pada saat kematiannya pelakon Korea Selatan itu berusia 24 tahun. Menurut pihak polis, mayat Sae-ron telah dijumpai oleh rakannya yang memeriksa rumah selebriti itu setelah pelakon tersebut tidak muncul untuk pertemuan mereka.
“Kami belum menemui sebarang tanda perbuatan khianat setakat ini, tetapi kami sedang menyiasat keadaan kematiannya,” kata pegawai polis kepada Yonhap News Agency.
Kali terakhir Sae-ron muncul di skrin adalah sebagai Kim Hyeon-joo dalam siri Korea Selatan Bloodhounds, yang ditayangkan di Netflix pada tahun 2023.
Pada tahun 2022, kerjayanya terhenti selepas insiden memandu dalam keadaan mabuk, di mana dia melanggar penghadang jalan dan sebuah transformer elektrik.
Jika kita ada masalah samada keci atau masalah besar, sebaiknya minta bantuan pada ahli keluarga, rakan atau agensi yang bertauliah sebelum kita membuat sesuatu keputusan.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah swt.
27/02/2025
Kes Bunuh di Kuala Kubu Bharu, Malaysia:
Pada 26 Februari 2025, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah menetapkan 28 Mei sebagai tarikh untuk arahan izin memindahkan kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Tertuduh, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, didakwa menyebabkan kematian Nur Farah Kartini antara 10 Julai, pukul 9 pagi, dan 15 Julai 2024, pukul 6 petang, di Ladang SKC Kledang, Hulu Selangor. Pertuduhan ini dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Eirene Nabila Amani Williams-Hunt, memaklumkan bahawa semua dokumen berkaitan, termasuk laporan kimia dan patologi, telah lengkap. Peguam bela tertuduh, Nur Aida Zainuddin, memohon tempoh masa yang lebih panjang sebelum tarikh arahan izin ditetapkan.
Kronologi kes ini bermula apabila Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim. Mayatnya ditemui pada 15 Julai 2024 di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. Susulan penemuan tersebut, Muhammad Alif, yang bertugas di Balai Polis Slim River, Perak, telah ditahan dan didakwa pada 26 Julai 2024.
Kes ini telah beberapa kali ditangguhkan untuk melengkapkan laporan forensik dan dokumen berkaitan sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan lanjut.
Semoga ada keadilan pada mangsa.
AlFatihah
26/02/2025
Baru-baru ini netizen dihebohkan dengan seorang penjual kelapa. Siapa sangka, pedagang itu menjadi sorotan lantaran wajahnya yang mirip dengan aktor Asia, Jackie Chan.
Momen tersebut menjadi tular di Instagram selepas dimuat naik di akaun peribadinya, .
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan seorang lelaki bernama sebenar Laudelino Lucas sedang membelah buah kelapa yang dijualnya. Memang benar, wajah penjual kelapa asal Brazil itu kelihatan sangat mirip dengan Jackie Chan.
Dalam video tersebut menunjukkan Lucas mengenakan baju kuning ketika sedang membelah kelapa. Lelaki yang berwajah seiras Jackie Chan ini juga mempunyai tatu di badannya.
Dalam beberapa videonya, Lucas kelihatan menghabiskan masanya sebagai penjual kelapa sambil berinteraksi dengan rakan-rakannya. Dia juga dilihat sebagai seorang yang mempunyai selera humor dan menghiburkan.
Selain menjadi penjual kelapa, Lucas sebenarnya merupakan seorang pencipta kandungan dari Brazil.
Namun, wajahnya yang dikatakan mirip dengan Jackie Chan itu hanyalah hasil suntingan kecerdasan buatan (AI) semata-mata.
Nama "Jeki Baiano" sendiri bermaksud "Jeki dari Bahia," merujuk kepada wilayah di Brazil tempat asal Lucas.
Dalam beberapa hantaran di Instagramnya, Lucas turut menunjukkan wajah sebenarnya yang tentunya tidak benar-benar mirip dengan Jackie Chan.
26/02/2025
Pencemaran Media Sosial: Langkah Pemulihan
Peningkatan kandungan negatif dan tidak beretika di platform media sosial menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya terhadap masyarakat.
Perbincangan mengenai langkah-langkah pemulihan, termasuk pendidikan literasi digital dan penguatkuasaan undang-undang, sedang giat dijalankan untuk memastikan ekosistem digital yang lebih sihat.
Golongan yang lebih terdedah kepada kandungan media sosial yang melampau biasanya adalah:
1. Kanak-Kanak dan Remaja. Mereka masih dalam proses perkembangan mental dan mudah terpengaruh. 👦👧
2. Pengguna yang Kurang Literasi Digital. Golongan warga emas atau individu yang kurang mahir dengan teknologi.📵
3. Mereka yang Terlibat dalam Perbincangan Politik dan Isu Sensitif. Individu yang aktif dalam politik atau perbincangan sosial boleh menjadi sasaran serangan siber.🗣️
4. Golongan yang Mengalami Tekanan atau Kesunyian. Mudah menjadi sasaran kandungan berbahaya seperti ajakan ke arah keganasan, pemikiran ekstrem, atau gangguan seksual. 😞
5. Mereka yang Tidak Menggunakan Tetapan Privasi yang Betul. Pengguna yang tidak mengawal tetapan akaun mereka boleh menjadi sasaran pencurian identiti atau eksploitasi maklumat peribadi. 🔓
Adakah anda melihat tanda-tanda seseorang terpengaruh dengan kandungan melampau?
Ayuh kita berdiskusi disini 😊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
139
Kuala Lumpur
68100