PTS

PTS

Share

adalah syarikat yang menerbit dan mengedar pelbagai kategori buku dalam bahasa Melayu. Aktiviti penerbitan utama PTS dijalankan oleh syarikat-syarikat yang bersekutu di bawah:

1. menerbitkan buku-buku popular
2. PTS Professional Publishing Sdn. menerbitkan buku-buku bisnes, pengurusan dan pendidikan
3. menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja
4. PTS Litera Utama Sdn. menerbitkan karya-karya terjem

Photos from PTS's post 10/05/2026

PTS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua insan hebat yang bergelar ibu 💐

Terima kasih atas setiap doa, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu. Kalian bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah insan yang membentuk dan menginspirasi kehidupan setiap anak.

Buat semua ibu di seluruh dunia, khususnya para penulis, pembaca dan warga kerja PTS, semoga segala jasa dan kasih yang diberikan sentiasa dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan dan rahmat yang berpanjangan.

Selamat Hari Ibu daripada PTS Media Group ❤️

08/05/2026

Inilah warna-warni tim pemasaran PTS yang terdiri daripada pelbagai generasi, pelbagai idea dan pelbagai ragam, tetapi itulah yang menjadikan setiap kempen kami lebih kreatif dan memastikan buku-buku PTS terus sampai kepada pembaca dengan cara yang segar dan menarik.

Namun ini tidak mematahkan misi besar yang sedang kami usahakan bersama merealisasikan 100 Buku Menuju PBAKL 2026!

Dan percayalah… para editor kami sedang berjuang siang dan malam demi memastikan setiap naskhah tampil berkualiti sebelum sampai ke tangan anda. 😭

Jadi jangan lupa, selain menunggu buku-buku baharu daripada PTS, selitkan juga doa buat para editor dan seluruh tim yang sedang bertungkus-lumus menjayakan misi ini. 🤣🤟🏻

08/05/2026

Bayangkan sebuah ilmu yang begitu berkuasa sehingga ia menjadi rahsia di meja rundingan para Khalifah Abbasiyyah sejak abad ke-9 Masihi.

Kitab Perang Panglima Islam adalah cebisan hikmah yang berjaya diselamatkan daripada kemusnahan besar perpustakaan dunia Islam. Ia bukan sekadar tentang pertembungan pedang, tetapi tentang muslihat, seni pengurusan risiko dan ketajaman akal seorang pemimpin dalam mengemudi organisasi di tengah-tengah ancaman.

Naskhah ini sebagai "manual strategi" yang melatih anda berfikir beberapa langkah di hadapan lawan.

Mengapa naskhah ini wajib menjadi bacaan anda?
✅Membedah bab takwa dan amanah sebagai tunjang utama sebelum seorang panglima mula menyusun barisan tentera.
✅Menyingkap teknik peringkat tinggi dalam menjaga maklumat dan mengesan intipan.
✅Membongkar strategi praktikal apabila berhadapan dengan musuh yang lebih dominan.

Apabila fizikal tidak lagi mencukupi, strategi dan kebijaksanaan adalah satu-satunya jalan menuju kemenangan.

Miliki naskhah yang penuh sejarah dan strategi ini di: https://shop.pts.com.my/products/9786294932012

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00