Taurus

Taurus

Share

Photos from Dunia Kucing Malaysia's post 26/01/2026
07/10/2025

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat
Unit Kokurikulum (Pasukan Bola Sepak & Bola Jaring) dengan kerjasama Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu KL akan mengadakan Majlis Bacaan Yasiin dan Solat Hajat pada ketetapan berikut:
Majlis ini bertujuan memohon keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat semua warga SKSHAS serta mendoakan kelancaran aktiviti sekolah, pasukan sukan sekolah termasuk ujian UASA & UPKK.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan, terutamanya pihak Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu KL atas kerjasama dan ruang yang diberikan.

Photos from Ta**us's post 25/09/2025

AKLIMAT PELAKSANAAN AUDIT PENYATA KEWANGAN MASJID & SURAU JUMAAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA FIRMA AUDIT SWASTA - ZURIN & CO. PERINGKAT ZON 6 JAWI

25 September 2025 [Khamis] – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama firma audit swasta Zurin & Co. telah berjaya menganjurkan Siri Taklimat Pelaksanaan Pengauditan Penyata Kewangan Masjid dan Surau Jumaat Tahun 2024 bagi masjid dan surau Jumaat peringkat zon 6 Wilayah Persekutuan. Majlis tersebut telah dilaksanakan bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari itu telah menghimpunkan pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid & surau Jumaat zon 6 serta kakitangan zon 6 JAWI bagi mendapatkan pendedahan berhubung pelaksanaan pengauditan kewangan yang lebih sistematik, telus dan berakauntabiliti.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Razali, Pegawai Tadbir Agama Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI. Melalui ucapannya, pihak Pejabat Pentadbiran Zon 6 JAWI mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas kesudian hadir ke majlis yang diadakan ini dan diharapkan taklimat ini dapat menjadi medan pertukaran ilmu dan pendapat agar pengurusan kewangan masjid dan surau Jumaat bertambah baik di masa hadapan.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat oleh wakil Zurin & Co., Tn. Badrul ‘Ariffin Mohd Yasin yang menyampaikan penerangan berhubung proses pengauditan penyata kewangan. Seterusnya, peserta turut diberi bimbingan penyediaan penyata kewangan oleh Tn. Abu Bakar Uzir daripada Abbaz Accounting Sdn. Bhd.
Program disempurnakan dengan ucapan penutup oleh Ust. Mohd Faizul Bin Mohd Ayus, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Audit dan Aduan, Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), JAWI yang menekankan kepentingan integriti dan profesionalisme dalam pengurusan kewangan masjid serta surau Jumaat.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta. Ia diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan kewangan masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050