KRT PR1MA ALAM DAMAI

KRT PR1MA ALAM DAMAI

Share

20/05/2026

Rehat bukan tanda kelemahan, tetapi ruang untuk mengisi semula kekuatan diri. Dalam kesibukan mengejar tanggungjawab dan prestasi, jangan lupa memberi waktu untuk tubuh dan minda berehat. Keseimbangan antara kerja, kesihatan dan kehidupan mampu melahirkan individu yang lebih fokus, produktif serta positif dalam menjalani amanah setiap hari. 🌿

20/05/2026

Satu kata-kata yang lembut mampu menyembuhkan hati yang luka, manakala satu kata-kata yang kesat mampu merobek jiwa yang paling kuat. Mesej 'Cakap Baik-Baik' mengajarkan kita bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga medium untuk menyemai kasih sayang dan empati.

Dalam setiap interaksi, sama ada di rumah atau di tempat kerja, pilihlah untuk menggunakan perkataan yang membina, bukan meruntuhkan. Bahasa yang lembut, kuat di jiwa. Jom amalkan .

Mesej ikhlas daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

19/04/2026

✨𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐑𝐓 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝟐𝟎𝟐𝟗 ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa KRT bagi sesi 2026 – 2029.

Semoga dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan yang baharu dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi, komited serta berintegriti demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti kita bersama.

Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan dalam memimpin serta berkhidmat untuk penduduk setempat. 🤝🌟

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Persiaran Bistari, Cheras
Kuala Lumpur
56000