Permodalan Nasional Berhad Rasmi

Permodalan Nasional Berhad Rasmi

Share

We are the bridge between where they are today and their hopes and dreams for tomorrow.

01/07/2026

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, meluncurkan inisiatif BAKAT MADANI, sebuah ikhtiar nasional yang menghimpunkan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan PETRONAS dalam memperkasakan pembangunan bakat negara.

Dengan kekuatan kolektif ketiga-tiga kumpulan strategik ini, BAKAT MADANI menyasarkan seramai 25,000 individu yang akan berpeluang mengikuti pembangunan kemahiran, pekerjaan berkualiti serta mobiliti sosial yang lebih baik sehingga tahun 2027.

Inisiatif BAKAT MADANI memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, iaitu:
1) memperkukuh kebolehpasaran dan penempatan kerjaya dalam ekosistem GLIC, GLC dan PETRONAS;
2) memperluas peluang penempatan pekerjaan merentas sektor strategik negara; serta
3) memperkasa institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kerjasama erat dengan industri bagi melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan ekonomi masa hadapan.

PNB, secara kolektif bersama syarikat pelaburannya (Sime, Maybank, SD Guthrie Berhad dan Ekuinas), menyasarkan untuk memberi manfaat kepada lebih 5,000 individu dalam sektor strategik seperti pembuatan, automotif, perladangan dan kewangan, bagi memastikan impak yang lebih menyeluruh dapat dicapai.

Layari https://mof.gov.my/ms/bakat-madani untuk maklumat lanjut mengenai peranan sinergi korporat negara dalam membina masa depan tenaga kerja Malaysia.

Photos from Permodalan Nasional Berhad Rasmi's post 26/06/2026

PNB telah mengadakan lawatan susulan selama dua hari ke Kg Bahagia dan Kg Karamunting, Sandakan yang terkesan akibat insiden kebakaran baru-baru ini. Lebih RM104,000 telah disalurkan oleh PNB bagi memenuhi keperluan segera serta menyokong proses pemulihan komuniti yang terjejas.

📍 Lawatan Susulan & Misi Kolaborasi Strategik

PNB telah mengadakan lawatan susulan bersama Yayasan Ikhlas bagi menghulurkan dan meninjau pelaksanaan bantuan yang telah disalurkan pada April lalu kepada keluarga yang terkesan. Dalam masa yang sama, menerusi kolaborasi strategik bersama GDRN, PNB turut menyumbang 100 Kit Bantuan yang mengandungi keperluan asas seperti dapur gas, selimut dan set kebersihan. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada 450 Kit Bantuan yang diserahkan secara kolektif oleh ahli-ahli GDRN.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu dalam menjayakan misi bantuan ini.

22/06/2026

PNB IR 2025 just dropped 📖

This year, we’re turning strategy into real impact.

Our LEAP-6 Strategic Plan brings transformation, innovation and sustainability to life and driving progress that shapes Malaysia’s future 🇲🇾.

From ESG and Net Zero aspirations to GEAR‑uP and the 10 Bumiputera Champions, we’re focused on creating long-term value that truly moves the nation forward 📈.

And the cover? Inspired by PNB Batik Kita, where heritage meets progress ❤️.

A reflection of who we are, and where we’re headed.
Building Malaysia’s future, together ✨.

👉 Hit the link in our bio to dive in.

Want your business to be the top-listed Finance Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Aras 91, Menara Merdeka 118
Kuala Lumpur
50118

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00