Vecto Auto

Vecto Auto

Share

We are specialist in servicing & repairing all local, luxury imported JAPANESE & CONTINENTAL cars such as BMW, Mercedes, Toyota Vellfire, Alphard, Estima, Harrier, Lexus, Landcruiser, FJ Cruiser.

06/04/2026

Kalau tak boleh bezakan ni bukan lelaki la maknanya, cuba teka…. mana satu brake pad yang dah haus. Gambar yang kiri ke kanan ???

Kita try test sikit pagi-pagi ni 🌅

17/03/2026

Wahai kaum wanita yang masih single sekalian. Waktu balik ke kampung halaman hampir tiba, ada baiknya kamu semua ni cek bahagian apa yang patut dekat kereta tu. Kalau dah tak tau sangat apa nak cek, ni kami tolong bagi panduan sikit:

1. Tayar: Tengok bunga tayar dulu. Kalau dah licin macam cermin atau nampak benang, TUKAR. Jangan tunggu meletup.

2. Dashboard: Kalau ada lampu menyala (simbol enjin/bateri/temperature), itu bukan hiasan. Kereta tengah menjerit minta tolong. Berhenti & check.

3. Bunyi: Dengar bunyi besi bergesel atau ketuk-ketak-ketuk-ketak? Jangan kuatkan volume radio untuk cover. Itu tanda bahaya.

4. Lantai bawah kereta: Kalau nampak lelehan cecair (hitam, merah, atau hijau) kat parking, ada benda bocor. Jangan buat tak nampak.

Kalau nak lagi cepat dan selamat, meh datang saja di Vecto Auto di Jalan Segambut.

06/03/2026

Mustang Senget Walaupun Alignment Dah Buat
Pada pagi ini, sebuah Ford Mustang masuk ke bengkel.
Pemiliknya datang dengan satu aduan yang agak mengganggu beliau ketika memandu.
Katanya beliau hanya membuat allignment untuk tayar kereta, dengan tujuan penjagaan berkala.
Bengkel tayar tersebut memaklumkan bahwa allignment tidak boleh mencapai talaan yang sepatutnya.

Beliau terus sangsi dan membawa kereta keppada saya untuk pemeriksaan selanjutnya.

Dari luar, kereta kelihatan normal.
Apabila kereta dinaikkan ke atas lift, saya mula memerhati jarak antara tayar dan badan kereta.
Di situ saya perasan sesuatu yang agak menarik.
Jarak antara tayar dan badan kereta di sebelah kiri dan kanan tidak sama.
Perbezaannya kecil.
Tetapi cukup untuk membuatkan saya berhenti seketika dan melihat semula dari bawah.

Apabila diperiksa dengan lebih teliti, kedudukan subframe kelihatan sedikit lari daripada kedudukan asalnya.
Subframe ialah satu struktur tambahan yang dipasang pada bahagian bawah kereta.
Pada struktur inilah dipasang beberapa komponen penting seperti suspension, steering rack dan juga lower arm.

Biasanya jika perkara ini berlaku. Mesti ada sejarah chasis atau subframe kereta pernah ditarik.
Dalam banyak keadaan, masalah memang selesai di situ.

Namun dalam kes ini, simptom tersebut masih ada walaupun alignment telah dilakukan.
Pemilik ada memberitahu kereta pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ini.
Beberapa bahagian rangka telah dibaiki dan diganti.

::::::::::::::::;

Banyak kereta moden menggunakan sistem subframe.
Sebagai contoh, kereta seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi dan juga Ford Mustang mempunyai subframe pada bahagian suspension mereka.
Begitu juga dengan MPV seperti Toyota Alphard dan Vellfire yang mempunyai struktur suspension yang lebih kompleks.

Namun tidak semua kereta menggunakan subframe yang berasingan.
Sesetengah kereta kompak atau model lama memasang komponen suspension terus pada struktur badan kereta tanpa subframe yang berasingan.

Apabila subframe berubah kedudukannya walaupun sedikit akibat hentakan kemalangan, geometri keseluruhan kereta juga akan berubah.
Di sinilah ramai pemandu sering keliru.
Alignment hanya melaras sudut tayar.
Ia tidak mengubah kedudukan struktur kereta.

Jika struktur asas telah berubah, alignment sahaja tidak akan menyelesaikan masalah sepenuhnya.
Kereta masih boleh dipandu.
Namun rasa pemanduannya tidak akan benar-benar tepat seperti yang sepatutnya.
Dalam kes ini, simptom yang dirasai oleh pemilik kereta sebenarnya memberi petunjuk awal bahawa ada sesuatu yang tidak selari pada bahagian bawah kereta tersebut.

Tuan2,
Allignment lari mungkkin juga menandakan ada masalah lain yang lebih besar.
Kali ini puncanya datang daripada struktur yang memegang keseluruhan sistem suspension itu sendiri.

Wallahu a’lam.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00