KSSCM USAS
01/05/2026
Assalamualaikum wbt..
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja, dari pelbagai bidang dan lapisan yang terus berusaha dengan penuh disiplin, amanah dan dedikasi dalam memajukan diri, masyarakat dan negara.
Seperti dalam didikan Silat Cekak, setiap langkah menuntut kesungguhan, setiap gerak memerlukan ketekunan. Nilai inilah yang menjadikan seseorang pekerja itu bukan sekadar mencari rezeki, tetapi membina maruah dan jati diri.
Semoga semangat juang dan kecekalan ini terus subur dalam diri kita semua.
Selamat Hari Pekerja dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
24/04/2026
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Guru Utama & Presiden Bersama Ahli-Ahli PSSCM 2026
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah pada hari Sabtu, 11 April 2026 telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang bertempat di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Negeri Sembilan.
Seramai 29 orang ahli Kelab Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sultan Azlan Shah telah turut serta dalam majlis tersebut.
Tujuan sambutan Hari Raya ini diadakan adalah untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli-ahli persatuan dan sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli PSSCM.
Menariknya, hidangan tradisi PSSCM Cawangan Perak iaitu Bubur Anak Lebah turut disediakan dan dinikmati bersama, dengan penglibatan ahli KSSCM USAS dalam penyediaannya yang secara tidak langsung menambahkan kemeriahan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam majlis ini.
Semoga semangat silaturahim yang terjalin terus berkekalan dan menjadi pemangkin kepada perpaduan PSSCM.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI
"Silat Tunggak Jati Diri Bangsa"
22/04/2026
Jamuan Raya & Majlis Kerohanian KSSCM USAS ✨
Alhamdulillah, pada 9 April 2026 telah berlangsung Jamuan Raya & Majlis Kerohanian KSSCM USAS di kediaman Penyelia dan Penasihat kelab.
Majlis diisi dengan bacaan Selawat Badriyyah, tahlil khusus buat Allahyarhamah Kariah binti Melah, Kalamun Qadim dan Selawat Adnani. Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan bersama ahli.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah hadir serta memeriahkan majlis ini dengan penuh komitmen.
Sekian, terima kasih.
"Bersama & Bersatu"
"Silat Tonggak Jati Diri Bangsa"
BERANI | AMANAH | INTEGRITI
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Kangsar