Datappk

Datappk

Share

Datappk adalah sistem pangkalan data bersepadu yang direka khas untuk peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah. Sistem ini menyediakan kemudahan pendaftaran peniaga sama ada sebagai individu atau sebagai ahli persatuan/koperasi. Setelah berdaftar, peniaga boleh mengakses laman web Datappk untuk mengemaskini maklumat perniagaan mereka dan mendapatkan sijil pengesahan dari Datappk. Sistem ini juga mem

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

​Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

​Sembah takzim daripada seluruh sekretariat DATAPPK.

​Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dipanjangkan umur, diberkati kesihatan yang berpanjangan, dan kekal bertakhta di atas singgahsana kebesaran dengan penuh kedaulatan, keadilan, serta rahmat-Nya.

​Daulat Tuanku! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

27/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya dan keluarga tercinta ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, para usahawan, penjaja, peniaga kecil serta seluruh rakyat Sabah.

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat kita semua. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diterima oleh Allah SWT, di samping mengurniakan kebahagiaan, kesihatan yang baik, keberkatan rezeki dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim bersama keluarga serta insan tersayang. Amin

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. Salam Kosong-kosong

Ikhlas daripada,

Ramzih Ruzin
Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK),
Ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (M3PN),
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah (G3PNS)

27/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸͺ

Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, DataPPK mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh usahawan, penjaja, peniaga kecil, rakan strategik dan masyarakat umum.

Semoga Aidiladha menjadi medan untuk kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam membina komuniti yang lebih maju, prihatin dan sejahtera.

Semoga segala amal ibadah diterima serta dikurniakan keberkatan, kesihatan dan rezeki yang berpanjangan buat anda sekeluarga.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
DataPPK

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bandaran Berjaya
Kota Kinabalu
88000