SEDIA - Laman Rasmi

SEDIA - Laman Rasmi

Share

SEDIA merupakan Pihak Berkuasa Sehenti yang diamanahkan untuk memacu Koridor Pembangunan Sabah (SDC), dengan tanggungjawab utama untuk merancang, menyelaras, mempromosikan serta mempercepatkan pembangunan SDC.

31/05/2026

๐Ÿชท๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐–๐„๐’๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿชท

Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya. Semoga cahaya kedamaian dan kasih sayang terus menyinari kehidupan anda, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Ikhlas daripada,
Ketua Eksekutif dan Seluruh Warga Kerja Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

28/05/2026

๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ | ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Ž๐๐‹๐„ ๐‚๐„๐๐“๐‘๐ˆ๐‚ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Œ๐€๐‘๐”๐ƒ๐”

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi telah melaksanakan projek people centric sebagai usaha untuk mempercepatkan pembangunan yang inklusif dan mampan di Sabah.

Inisiatif pelaksanaan projek kecil berimpak tinggi ini bertujuan untuk memberi impak menyeluruh ke atas pembangunan sosio-ekonomi dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat setempat, mempercepatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang mendesak, di samping mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan.

Bagi daerah Kota Marudu, sebanyak 37 buah projek ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ช๐˜ค telah dilaksanakan sepanjang tempoh tahun 2020 hingga 2023. Projek-projek tersebut termasuklah:

๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘
โ€ข Membina Kemudahan Pusat Rekreasi Untuk Kegunaan Ramai di Kawasan Pelancongan Luar Bandar di โ€œBorneo Dโ€™pagung & Baliojong Riverโ€ Tandek, Kota Marudu
โ€ข Naiktaraf Jalan Gravel ke Konkrit di Kg Kandawayon Ghosen
โ€ข Penyelenggaraan Jalan Kampung di Kg Lama Kota Marudu
โ€ข Selenggara Parit Di Kg Pekan Lama, Kota Marudu
โ€ข Naiktaraf Jalan Gravel Ke Konkrit Kg Popok Laut, Kota Marudu

๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ
โ€ข Pagar Anti Climb dan Pondok Pengurusan Jenazah dan Tandas Tanah Perkuburan Kg Marudu Laut
โ€ข Menyelenggara dan Membaiki Bangunan Kelas Fardhu Ain KAFA
Kg. Marudu, Kota Marudu
โ€ข Menaiktaraf Jalan Pelancongan Masuk ke Kubu @ Makam Sharif
Osman Kg. Marudu Laut, Kota Marudu

๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ
โ€ข Membina Jalan Pertanian Kampung Timbang Batu/Rondomon,
Kota Marudu
โ€ข Naiktaraf Jalan Pertanian Kampung Gombizau Sejauh 1km, Kota
Marudu
โ€ข Menaik Taraf Jalan Gravel Ke Konkrit Kampung Buanog, Sejauh
100m, Kota Marudu
โ€ข Menaik Taraf Jalan Gravel Ke Konkrit Kampung Popot Sejauh
100m, Kota Marudu
โ€ข Penyelenggaraan Jalan Kebun Kampung Morion, Kota Marudu
โ€ข Pemasangan Pagar Serta Pembaikan Pondok Kuburan Kampung
Terangkapas, Kota Marudu
โ€ข Selenggara Jalan Pertanian Tinudok Kg. Marak Parak, Kota Marudu
โ€ข Selenggara Jalan Kawasan Perumahan Kg. Luba Polumbung,
Kota Marudu
โ€ข Selenggara Jalan Dari Padang Ke Kawasan Perumahan / Rumah
Ibadat Kg. Sungoi Darat, Kota Marudu
โ€ข Pendawaian Eletrik Dewan Terbuka Dan Balairaya Kg. Rugading
Baru, Kota Marudu
โ€ข Selenggara Saluran Paip Graviti Dan Pasang Tangkl Air Di Kg.
Mangkalua, Kota Marudu

๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ
โ€ข Penyelenggaraan Padang Bola Dan Membekal Palang Gol Kg.
Mengaris
โ€ข Penyelenggaraan Sekolah Tadika Kemas Kg. Kirangawan Tengah
โ€ข Penyelenggaraan Sekolah Tadika Kemas Kg. Popok Laut
โ€ข Penyelenggaraan Jeti Rumah Ke Rumah Kg. Tanjung Batu Laut
โ€ข Penyelenggaraan Jambatan Gantung Kg. Marudu Laut
โ€ข Membina Jeti Nelayan Kg. Beliajung
โ€ข Penyelenggaraan (Membina Pentas Berdinding, Memasang Kipas
dan Membekal Kerusi) Dewan Terbuka Kg. Lampada
โ€ข Penyambungan Dan Pembaikan Astaka Padang Kg. Tagaroh
โ€ข Menyelenggara Jalan Raya Perhubungan Desa Sejauh 1.0km Di
Kg. Sarayo, Morion
โ€ข Membuat Parit Sejauh 0.5km Termasuk Pemasangan Culvert Berukuran 3 Kaki Diameter Di Gereja Sib Kg. Tondig
โ€ข Menimbus Dan Menyimen / Konkrit Kawasan Depan Gereja St.
Theresa Kota Marudu Berukuran 20' X 120'
โ€ข Menggred Dan Membubuh Batu Jalan Raya Sejauh 1.0km Di Kg.
Togudon
โ€ข Menggred Dan Membubuh Batu Jalan Pertanian Sejauh 0.5km Di
Kg. Tinogu
โ€ข Menggred Dan Membubuh Batu Jalan Raya Sejauh 0.5km Di Kg.
Dalamason Darat
โ€ข Pembaikan Pusat Doa Persekutuan Gereja-Gereja Daerah Kota Marudu (North Borneo Prayer Network) - Kerja Wiring, Pemasangan Cermin, Membekal Dan Memasang 2 Unit Penghawa
Dingin
โ€ข Bina Baru Jalan Pertanian Sejauh 1.0km Di Kg. Sorinsim
โ€ข Menyelenggara Jalan Tanah Perkuburan Dan Bina Semula Jambatan Dasar Air Di Kg. Timbang Batu
โ€ข Membina Jambatan Besi Penghalang Ternakan Kerbau Berukuran 12' X 10' Di Kg. Tingkalanon

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman web SEDIA atau memuat turun ๐๐ฎ๐ค๐ฎ ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐๐ž๐จ๐ฉ๐ฅ๐ž ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ข๐œ ๐๐š๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ - ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ melalui pautan yang disediakan.

https://sedia.com.my/news-resources/other-sedia-publications/

26/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Dalam kesederhanaan kita menyambut hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan yang menjadi teras kepada ibadah korban. Aidiladha juga melambangkan kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam mengeratkan ukhuwah masyarakat.

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab seharian dipermudahkan dan digantikan dengan keberkatan, ketenangan serta rezeki yang melimpah.

Ikhlas daripada,
Ketua Eksekutif dan Seluruh warga Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

25/05/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐’ ๐๐„๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐†๐‹๐Ž๐๐€๐‹

Saksikan Taklimat Krisis Bekalan Global yang akan
disampaikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Menteri Ekonomi.

๐Ÿ—“๏ธ25 Mei 2026(Isnin)
โฐ12.00 tengah hari
๐Ÿ“Siaran langsung di Facebook Kementerian Ekonomi

Ikuti untuk maklumat lanjut.

22/05/2026

๐ŸŒŸ ๐Š๐š๐ญ๐š-๐Š๐š๐ญ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐ข #๐Ÿ—

โ€œJangan takut pada laluan yang berliku, kerana di situlah manusia belajar menjadi kuat.โ€

- ๐˜๐˜ช๐˜ฌ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ญ -

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kota Kinabalu
88873

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00