Protazz Training

Protazz Training

Share

Kami menyediakan latihan bermodul berikut:

- Protazz The Great Me ( Pembangunan Sahsiah )
- Protazz Oh My Solat ( Pemantapan Solat )
- Protazz Forensik Solat
- Protazz Leadership Camp

Photos from Protazz Training's post 18/11/2025

Macam mimpi. Beberapa belas tahun yang lepas pernah berdiri disini sebagai pelajar. Hari ni hadir sebagai penceramah.🤧

1001 kenangan disini. Bumi tarbiah Asasi UM Nilam Puri satu ketika dulu.

Subhanallah..

Pertemuan indah bersama 100 orang ibu bapa hebat yang sudi hadir bersama dalam BENGKEL PARENTING 360° : Bijak Didik Anak Cerdik anjuran ILWAN & Dun Salor.

Memenuhi jemputan sebagai panel kedua untuk sesi Motivasi Keibubapaan. Perkongsian santai didoakan sampai buat semua.

Alhamdulillah.

Bahagia tengok respon dan fokus daripada semua. Walaupun dah tengahari tetap luar biasa dan meriah.

Aktiviti dan pesanan ringkas tentang kekeluargaan. Kisah² dan pengalaman sebagai pengajaran.

Juga tadabbur tazakkur daripada beberapa ayat Surah Luqman. Tokoh bapa hebat dalam Quran.

Terima kasih pihak penganjur atas ruangan indah. Semoga bermanfaat dan jadi asbab kebaikan buat semua.

Terus berjuang untuk 'Bina Syurga Di Rumah, Bina Rumah Di Syurga' bersama.

Barakallahu fikum..♥️

sahsiahpelajar.com

BENGKEL PARENTING 360°
KIAS Nilam Puri | 18 Okt 2025

Photos from Protazz Training's post 18/11/2025

Pertemuan ringkas tapi bermakna!😍

Kuat betul saling menyakat. Memeriahkan suasana program bersama. Kadang penat gelak. Kah!

Sambil release stres kerja. Sambil² beraktiviti dan berukhwah. Juga berpesan-pesan tentang kebaikan dalam pekerjaan.

Alhamdulillah..

Terbaik warga guru SK Sri Bemban. Program teambuilding khas sehari, pagi hingga petang.

THE POWER OF US : Mencipta Tujuan Pasukan & Jati Diri.

Berkongsi santai untuk kukuhkan kesatuan tauhid dalam ibadah pekerjaan.

Juga kesatuan pasukan dalam melaksanakan tugasan dan amanah.

Berakhir dengan slot mempakasakkan pemikiran legasi akhirat dalam mewariskan kebaikan dalam dunia pendidikan dan kehidupan.

Syukur Allah mudahkan.

Terima kasih pihak sekolah atas kepercayaan juga ruangan indah bersama tim Protazz Training dan sahsiahpelajar.com .

Didoakan bermanfaat ya. Moga ukhwah yang terjalin diberkati Allah, menjadi asbab ke syurga idaman.

Terus berbakti duhai pendidik anak² agama dan bangsa di jalanNya.

Barakallahu fikum..🥰

PROGRAM TEAMBUILDING GURU
SK Sri Bemban | 17 Okt 2025

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


PT 816, SEKSYEN 27, TINGKAT 2, Jalan SRI CEMERLANG
Kota Bharu
15300