Angah Towing Service
NO PENDAFTARAN PERNIAGAAN : 202203309211 (RA0095136-M)
β
Towing kereta rosak & kemalangan
β
Bantuan 24/7
β
Jump-start bateri π
β
Tukar tayar pancit π
β
Hantar minyak β½
β
Towing motor ποΈ
AUTHORISED INSURANCE TOWING COMPANY β
16/02/2026
SELAMAT TAHUN BARU CINA π§§
Sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang penuh bermakna ini,kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya.
Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa kemakmuran yang berterusan, kesejahteraan hidup,kesihatan yang baik, serta kejayaan dalam setiap usaha dan perancangan yang diusahakan.Diharapkan perayaan ini turut menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat, semangat perpaduan yang kukuh, serta kerjasama yang harmoni dalam kalangan masyarakat.
Dalam kegembiraan menyambut perayaan bersama keluarga dan insan tersayang, semua pihak diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan,terutamanya ketika berada di jalan raya. Patuhi peraturan lalu lintas, pandu dengan berhemah,dan sentiasa berwaspada demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.
Akhir kata, semoga Tahun Baru Cina ini
memberikan sinar harapan baharu,
rezeki yang melimpah, dan kebahagiaan
yang berpanjangan kepada semua.
Gong Xi Fa Cai
ANGAH TOWING SERVICE CENTRE
"YOUR 24 HOURS ROADSIDE ASSISTANCE"
017-825-2246 / 010-829-2246
18/09/2025
PANDUAN MASUK BULATAN (ROUNDABOUT) (2) LORONG
UNTUK RAKAN2 DAN PEMANDU DI SEKITAR KLUANG KHUSUSNYA YANG MENGGUNAKAN BULATAN JALAN BATU PAHAT , JALAN MERSING ATAU MANA-MANA BULATAN (2) LORONG DI SEKITAR KLUANG JOHOR .
Kesilapan memilih lorong yang betul semasa hendak memasuki bulatan boleh menyebabkan kemalangan seperti langgar belakang, langgar sebelah tepi atau bergesel.
Adalah penting untuk pengguna jalan raya memastikan lorong yang mana sepatutnya mereka gunakan semasa membelok di dalam sesuatu bulatan bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berlaku.
Panduannya adalah mudah, iaitu:
1 . Lorong kiri hanya untuk membelok ke kiri (jam 9) atau jalan terus (jam12)
2 . Lorong kanan untuk jalan terus (jam 12), membelok ke kanan (jam 3) atau untuk membuat pusingan di bulatan tersebut.
Sentiasa ingat, pemandu yang berada di dalam bulatan mempunyai hak yang lebih utama untuk menggunakan jalan berbanding pemandu yang berada di mana-mana susur. Oleh yang demikian, anda perlu memberi keutamaan jalan kepada mereka yang sedang menggunakan bulatan berkenaan untuk membelok.
Berikan isyarat terlebih dahulu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain sebelum hendak memasuki bulatan . Perlahankan kenderaan anda atau berhenti jika perlu. Pastikan ianya selamat semasa hendak memasuki bulatan.
PANDU CERMAT , JIWA SELAMAT !
ANGAH TOWING SERVICE CENTRE
"YOUR 24HOURS ROADSIDE ASSISTANCE"
15/09/2025
π¨ KERETA ROSAK? KAMI SEDIA MEMBANTU! π¨
Bayangkan tengah rushing nak ke tempat kerja atau balik kampung, tiba-tiba kereta buat hal. Jangan panik , biar kami uruskan !
Kami menyediakan servis towing 24 jam, pantas dan dipercayai. Team kami berpengalaman, mesra pelanggan dan sentiasa memastikan kereta anda dibawa dengan selamat & cermat ke bengkel panel atau pilihan anda.
Kenapa pilih kami ?
β
Servis 24/7 tanpa henti
β
Harga berpatutan & telus (tiada caj tersembunyi)
β
Mempunyai Staff Yang Berpengalaman Untuk Nasihat Atau Bantuan Awal Kemalangan dan Nasihat Tuntutan Insurans
β
Towing selamat untuk semua jenis kenderaan
π Sama ada kereta breakdown, kemalangan, tayar pancit atau bateri kong β kami hanya satu panggilan sahaja!
π Hubungi kami sekarang: 017-8252246/010-8292246
π Servis tersedia sekitar KLUANG JOHOR
β‘οΈ βJangan biar kereta rosak ganggu perjalanan anda β serahkan pada pakar towing yang boleh dipercayai!β
07/04/2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin .
Anda Dinasihatkan Supaya Memandu Dengan Berhemah dan Bertimbang Rasa Ekoran Cuaca Hujan Berterusan Dan Jalan Licin Di Sekitar Daerah Kluang Ini .
Disini Kami Menyediakan Beberapa Saranan Atau Panduan Ketika Memandu Di Jalan Raya Ketika Hujan dan Jalan Licin .
Semoga Kita Semua Dilindungi Allah SWT dan Selamat Menuju Ke Destinasi Masing-Masing .
Pandu Berhemah Ingatlah Orang Tersayang .
Memerlukan Bantuan Towing @ Trak Tunda , Boleh Hubungi Kami Pada Talian Di Bawah .
017-8252246 / 010-8292246
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
NO 5 Jalan BESAR
Kluang
86000