Puncak Optometry Klang
Menyediakan khidmat nasihat berkaitan penglihatan dan kesihatan mata secara profesional . Kami turut menawarkan pelbagai pilihan bingkai dan kanta yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Kami juga berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang optometri .Berkelulusan Sarjana Muda Sain (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2002.
30/03/2025
Terima kasih atas sokongan semua para pelanggan kami yang sentiasa sokong kami sepanjang keberadaan kami di sini .
Terima kasih semua 🙂
Salam Ramadan
Selamat menjalani pesta ibadah.
Semoga tahun ini menjadi Ramadan terbaik buat semua .
Aamiin Ya Rabb
02/12/2024
Anak Cepat Letih Bila Membaca ?
Pernah nampak anak-anak nampak lesu bila membaca buku atau buat kerja sekolah ? Kalau ya, itu mungkin bukan sekadar penat. Ada kemungkinan mereka alami masalah fokus dekat—isu penglihatan yang sering terlepas pandang jika pemeriksaan mata dijalankan oleh selain optometris .
Anak-anak jarang mengadu sebab mereka tak tahu nak jelaskan apa yang mereka rasa.
Tapi sebagai ibu bapa, kita boleh perhatikan:
1. Cepat letih bila tengok buku atau skrin.
2. Kerap gosok mata seolah cuba melegakan rasa tak selesa.
3. Sakit kepala selepas membaca atau buat kerja jarak dekat.
4. Pandangan kabur sementara bila alih fokus dari dekat ke jauh.
Kenapa Masalah Ni Penting ?
Kalau dibiarkan, masalah fokus dekat boleh ganggu pelajaran anak. Mereka mungkin rasa sukar nak fokus, cepat hilang motivasi atau kurang yakin bila tak boleh ikut rentak belajar rakan sebaya.
Apa Ibu Bapa Boleh Buat ?
1. Periksa Mata Anak – Pastikan mereka jalani pemeriksaan mata terperinci oleh optometris bertauliah dan bukan sekadar uji rabun biasa.
2. Rehatkan Mata – Ajar anak ikut kaedah 20-20-20: setiap 20 minit, tengok sesuatu yang 20 kaki jauh selama 20 saat.
3. Pantau Aktiviti Dekat – Kurangkan waktu skrin dan beri galakan untuk rehat yang cukup.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan hanya jaga kesihatan anak-anak, tapi juga bantu mereka capai potensi penuh demi kejayaan yang mendatang .
Puncak Optometry Klang
Teluk Pulai , Klang .
06/07/2024
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
🤲 Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024M.
🤲 Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) p**a dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024M (Sabtu) bersamaan 1 Muharram 1446H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.
Salam Maal Hijrah 1446H
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Klang
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 21:00 |
| Tuesday | 10:00 - 21:00 |
| Wednesday | 10:00 - 21:00 |
| Thursday | 10:00 - 21:00 |
| Friday | 10:00 - 21:00 |
| Saturday | 10:00 - 21:00 |
| Sunday | 10:00 - 21:00 |