Mein Produk

Mein Produk

Share

27/04/2018

Hubungi terus www.wasap.my/60105398322.

27/04/2018

Kulit Cantik, Bebas Cela Dengan Terapi Lendir Siput Babi
Published on Oct 13, 2015 in Gaya Hidup/Hangat

WANITA dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, maka tidak hairanlah jika mereka sanggup melalui pengalaman ‘mengerikan’ semata-mata untuk cantik.

Jika suntikan botox dan kolagen sudah menjadi perkara biasa, kini kita perkenalkan yang ‘luar biasa’ – terapi lendir siput babi.

Walaupun satu konsep yang masih baru di Malaysia, namun terapi lendir siput babi ini sebenarnya sangat pop**ar di Thailand, Korea dan Jepun.

Snail Spa di Chiang Mai,Thailand, yang diusahakan oleh dua orang lelaki warga Perancis, menyediakan perkhidmatan kecantikan yang menggunakan siput babi secara eksklusif.

Menurut salah seorang pemiliknya, Luc Champeyroux, lendir siput babi atau nama saintifiknya, helix aspersa müller glycoconjugates, sememangnya mempunyai kebaikan semulajadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Selain daripada itu, anatomi serangga itu sendiri yang mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia.

Selain daripada menggunakan lendir siput babi secara mentah, Champeyroux turut memperkenalkan produk kecantikan Coquille, yang diformulasikan khas untuk mengurangkan rengsa kulit wajah selain daripada anti-penuaan dan parut jerawat.

Namun, kesan rawatan lendir siput babi ini bukanlah ‘ekspres’ dan segera. Anda perlu melakukan beberapa siri rawatan facial tersebut di salon selama beberapa kali beserta penggunaan produk yang mempunyai enzim siput babi itu sebelum kesan positif dapat dilihat.

Tapi jangan guna sebarang siput p**a, kerana spesis yang digunakan bagi tujuan kecantikan ini bukanlah jenis yang biasa merosakkan tanaman di kebun kita tu ya!

Untuk memastikan bekalan lendir siputnya berterusan, Champeyroux telah membawa masuk 100 ekor siput babi spesis Helix aspersa daripada Perancis untuk dibiakkan bagi tujuan komersial tahun lalu dan kini, koloni gastropod itu telah mencecah 30,000 ekor.

“Kami hanya memberi makanan yang terbaik pada koloni siput babi kami – lobak merah bebas-kimia, kobis dan daun lidah buaya yang ditanam di kebun organik,” kata Champeyroux, menutup perbualan. – MYNEWSHUB.CC

Photos from Mein Produk's post 23/04/2018

Produk penjagaan wajah harian...tak perlu make-up tebal2 setiap hari, kesian kulit tak boleh bernafas...biarkan kulit wajah cantik semulajadi tanpa make-up...

www.wasap.my/60105398322...

23/04/2018

Jaga perawatan wajah dgn MEIN produk supaya anda tidak menyesal...kebanyakkan produk diluar sana cantik pada peringkat awal tapi merosakkan kulit wajah akhirnya...

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Meru
Klang
41050