Anggun Collection By Fifiy
07/02/2023
Resepi Kerang Masak Kam Heong
500 gram kerang (rebus sekejap je, kopek sebelah)
5 ulang bawang putih-tumbuk
5 ulas bawang merah-tumbuk
2 tangkai daun kari
8 biji cili padi, ketuk sikit (ikut s**a b*k mana, nk pedas, letak lebih sikit)
2 sudu besar udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
Minyak sedikit untuk menumis
Bahan kuah (bancuh semua bahan)
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat (blh ganti kicap biasa)
1 sudu besar kicap cair
Garam, air
Cara masak
Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bwg merah dan bawang putih sampai naik bau.
Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.
Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata. Dah sebati,
masukkan kerang, masukkan air (jgn b*k sgt air, cair sangat tak sedap). Perasakan dgn garam & gula. Siap.
Kredit : Yan akif See
07/02/2023
PANKEK SUPER GEBU
130gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk vanilla/vanilla cream
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu makan gula pasir
1 biji telur gred A - dipukul
130-150ml buttermilk (boleh gantikan dengan susu cair yang dicampur dengan 2 sudu makan jus limau nipis dan dibiarkan selama 10 minit)
2 sudu makan mentega - dicairkan
Sedikit marjerin - untuk oles pada kuali
1. Satukan semua bahan-bahan kering seperti tepung gandum, serbuk vanilla, baking powder, baking soda, garam dan gula pasir. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur, buttermilk dan juga mentega cair. Adun hingga sebati. Jangan terlebih kacau bagi elak pankek menjadi bantat.
3. Panaskan kuali tahan lekat menggunakan api sederhana. Oles sedikit marjerin pada kuali dan tuang adunan dengan secukupnya.
4. Bila pankek mula berlubang-lubang, terbalikkan adunan dan masak pankek hingga berubah warna menjadi coklat keperangan.
5. Angkat dan nikmati bersama topping kegemaran. Pankek ini juga enak dimakan begitu sahaja.
*jika tiada serbuk vanilla@vanilka cream, boleh juga guna 1/2 teh esen vanilla.
Kredit resepi : Yus_Rania
07/02/2023
Mana yg nak buat sendiri ni tuk makan2 resepi dalam 3 balang mcm tu isi 30 pieces
Cocolate crunchys almond viral
250g butter pure butter mak guna lurpark
1 cawan gula perang
1 penutup coklat emolco
3 sb serbuk koko
1 biji telur gred B
1sk baking powder
1/2 sk soda bilarbonat
1 sk emplek
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 cawan 1/2 tepung jagung
Badam 1 cawan siap bakar
Coklat chips 1/2 cawan
Cara2
Masuk kan dalam bowl
Butter+gula+emolco coklat+telur+ kacau sebati
Masuk kan minyak kacau rata..
Masuk kan susu tepung dan semua bahan penaik2 tu
Dan tepung jagung kacau sebati
Last masuk kan tepung gandum sikit2
Masuk badam dan coklat chips
Gaul2 kan
Doh xlembek xkeras
Masuk piping beg gunting piping beg sebesar duit 20 sen
Paip dan tekan dgn jari
Panas kan oven dan bakar suhu 160 masa 20-25 mnt
Siap untuk di susun
BISKUT COKLAT CELUP2
https://shope.ee/1L7sDQmo76
BROWNIES COOKIES
https://shope.ee/408dONfQmH
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Tanjung Shawal
Klang
41400