Achare Food Lab
10/05/2022
Project Biskut Raya 2022
Alhamdulilah.. Alhamdulilah.. Alhamdulilah.. Syukur ke hadrat Ilahi, Misi Project Biskut Raya 2022 melepasi target yang telah ditetapkan iaitu terjual melebihi 500 balang untuk 8 jenis biskut raya. Berikut adalah sebahagian daripada mereka yang sempat kami abadikan dalam sekeping gambar dan sebahagian lagi kami memenuhi permintaan mereka untuk tidak diwarkan atas faktor privasi. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi membeli dengan kami, yang sudi memborong dengan kami dan yang sudi menghadiahkan biskut kami kepada mereka yang tersayang. Terima kasih juga atas segala maklumbalas yang begitu positif. Begitu senang kami mendengarnya. Setiap kekurangan daripada pihak kami sepanjang urusan jual beli kita, saya dahulukan dengan ribuan kemaafan dan Insya- Allah akan diperbaiki lagi pada masa mendatang. Jika ada permintaan, kami akan kembali untuk edisi Raya Korban 2022.
Terima Kasih ❤
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
11/04/2022
http://www.wasap.my/60143617721
Ahad ni dah puasa, maka kita open order lah bersemperna nak raya ni. Tahun ni tahun ketiga rezeki sampingan jual biskut raya. Alhamdulilah, ramai yang pernah beli repeat beli lagi tahun ni, walaupun baru hari ini open order, tapi dieorg dah start beli sebelum ni lagi.
Oh kita tak kan Pos biskut ni yea, sebab tak nak ambil risiko dan menabur janji manis yang biskut akan kekal elok bila sampai dekat customer. Pernah try pos tapi berderai sudahnya. Kesian orang nak makan biskut di pagi raya, kena makan serdak biskut jadinya. So sebelum kena maki, awal-awal kata memang tak kan sesekali pos yea. Maaflah 🙏
Kalau nak start order, boleh click link Whatsapp tu yea, Insya Allah laju balas sebab tu memang numbers utk business, kalau personal lambat kita nak balas sebab jarang online. Untuk urusan jual beli biskut raya sahaja yea, untuk urusan jual beli tuan biskut tidak dilayan sama sekali, sebab tuan dia dah off market! 😂😂😂
Perihal harga, tahun ni memang ada kenaikan daripada harga tahun sudah disebabkan bahan mentah boleh kata semua naik. Dengan itu, berat hati sebenarnya untuk naikkan harga tapi kami sendiri tak mampu untuk mengekalkan harga yang sama seperti tahun lepas. Maaf yea 🙏
Terima Kasih kepada yang selalu support saya, jual apa pun selalu beli, tak beli untuk diri sendiri tapi beli untuk bagi kepada saudara mara atau kawan-kawan area Lembah Klang. Moga Tuhan murahkan rezeki anda berlimpah ruah sentiasa. Amin 🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Bandar Bukit Raja, Kapar
Klang
41050