Ustaz Haji Muhamad Rafee
Apakah terdapat hadith palsu atau lemah berkaitan zakat?
Terdapat sebuah hadith yang mengisahkan tentang zakat setiap perkara. Hadith tersebut berbunyi :
“Setiap sesuatu itu ada zakatnya. Maka zakat bagi rumah adalah pada ruang tamunya.”
Hadith ini bertaraf maudhu’ (palsu) atau disebut juga dengan kalimah fabrikasi. Al-Imam al-Suyuti berkata riwayat ini telah diketegorikan oleh Abu Said al-Naqqasy dalam senarai hadith-hadith maudhu’ dan beliau berkata bahawasanya Imam Ahmad atau gurunya telah berkata riwayat hadith ini adalah palsu.
Begitu juga terdapat hadith yang lain berstatus dhaif.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda :
“Segala sesuatu itu ada zakatnya. Zakat badan adalah puasa. Puasa itu separuh kesabaran.” [Riwayat Ibnu Majah, no. 1745 melalui Musa bin Ubaidah dari Jumhan]
Sanad hadith ini lemah, kerana Musa bin Ubaidah dinilai hadith lemah oleh sekelompok ulama ahli hadith, sebagaimana dijelaskan dalam kitab Tahzib, [10/318-320] dan dikatakan beliau ini seorang yang soleh dan ahli ibadah, akan tetapi lemah dalam periwayatan hadith.
Saya Pernah Mendengar Berdosa Agih Sendiri?
Pandangan ini hendaklah diperhalusi mengikut pandangan para fuqaha’. Secara asasnya zakat merupakan kewajipan yang jelas dalam Islam bagi setiap individu dan harta yang dikenakan zakat.? Namun begitu zakat bukan sekadar urusan individu tetapi melibatkan soal tanggungjawab dan campurtangan pemerintah menerusi Baitulmal dan seumpamanya untuk menguruskan zakat secara sistematik dari aspek kutipan dan agihan serta pengurusan wang zakat. Para fuqaha’ berpandangan bahawasanya pemerintah berkuasa memungut zakat dari harta-harta zahir dan sekiranya diminta untuk ditunaikan, maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. Syaikh Atiyyah Muhammad Salim rhm. Menghuraikan kata-kata Abu Bakar al-Siddiq r.a tatkala memerangi orang yang enggan berzakat adalah bukan sahaja kepada yang ingkar kewajipannya sahaja tetapi termasuk juga mereka yang ingkar menunaikannya kepada pemerintah.
Secara umumnya, agihan dilihat lebih sistematik dan menyeluruh jika dibuat menerusi institusi amil seperti Baitulmal dan pihak berkuasa zakat negeri. Tidak kira samada harta tersebut bersifat batin atau zahir pengurusannya tertakluk kepada pihak pemerintah mengikut panduan yang jelas dalam nas-nas yang berkaitan. Pandangan ini juga dipersetujui oleh beberapa ulama’ lainnya seperti Syaikh Abd Wahhab Khallaf, Syaikh Abd Rahman Hassan dan Syaikh Muhammad Abu Zuhrah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lot 1228
Klang
42100