Sabah Update

Sabah Update

Share

Ikuti kami untuk berita pantas & sahih dari sumber tempatan.

25/02/2026

๐—”๐—œ, ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚?- Julfekar

KOTA KINABALU โ€“ Perkembangan kecerdasan buatan (AI) dalam industri kreatif mencetuskan perbahasan besar tentang masa depan seni, nilai ekonomi dan integriti penciptaan. Di tengah-tengah kegelisahan ini, muncul satu pandangan yang melihat fenomena tersebut bukan sebagai kematian kreativiti, tetapi sebagai perubahan struktur yang mengelilinginya.

Menurut komposer muzik terkenal tanah air Julfekar kreativiti pada asalnya adalah anugerah Tuhan kepada manusia, sesuatu yang hadir secara percuma, unik dan sangat peribadi.

โ€œKreativiti itu lahir bersama penciptaan manusia. Tiada dua ekspresi yang sama. Setiap insan membawa cetakan tersendiri,โ€ katanya.

Namun apabila tamadun berkembang, manusia membina sistem pasaran, industri dan undang-undang harta intelek yang akhirnya meletakkan kreativiti dalam kerangka ekonomi. Dalam era kapitalisme, hasil kreatif menjadi komoditi dan sumber pendapatan. Struktur ini bertahan selama berdekad-dekad, malah berabad lamanya, membentuk industri filem, muzik dan seni visual di seluruh dunia.

Kemunculan AI mengubah landskap tersebut secara drastik. Teknologi ini kini mampu menghasilkan karya filem, reka bentuk visual dan muzik pada tahap yang menandingi kecemerlangan manusia dengan kos jauh lebih rendah dan dalam masa yang singkat.

Situasi ini menimbulkan persoalan besar: adakah AI benar-benar merendahkan nilai kreativiti, atau sekadar mengurangkan nilai ekonominya?

Julfekar yang juga selalu gunakan nama singkatan Bro Jul berpandangan bahawa apa yang sedang berlaku bukanlah pengakhiran kreativiti, sebaliknya penghujung satu era dalam struktur perniagaan kreatif.

โ€œYang tergugat mungkin bukan seni itu sendiri, tetapi kerangka ekonomi yang mengelilinginya,โ€ ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa nilai sebenar seni tidak semestinya ditentukan oleh harga pasaran. Seni, katanya, tetap mempunyai intipati tersendiri walaupun sistem ekonomi berubah.

Dalam konteks baharu ini, isu integriti dan ketelusan menjadi semakin penting. Perbezaan antara karya yang dihasilkan sepenuhnya oleh manusia, karya yang dibantu AI, dan karya yang dijana sepenuhnya oleh AI perlu dinyatakan secara jelas.

โ€œPengiktirafan mesti jujur. Kita perlu berani mengakui proses sebenar di sebalik karya yang dihasilkan. Hati nurani dan ketelusan adalah kunci,โ€ tambahnya.

Beliau turut menegaskan bahawa seni yang benar-benar lahir daripada kecemerlangan manusia dan berupaya membawa perubahan akan sentiasa menemui nilainya sendiri, tanpa mengira bagaimana sistem di sekelilingnya berubah.

Perdebatan mengenai AI dan seni dijangka terus berkembang seiring kemajuan teknologi. Namun satu perkara jelas, kreativiti sebagai ekspresi kemanusiaan masih kekal sebagai inti pati yang sukar digantikan.

โ€œAdakah AI merendahkan nilai seni? Saya percaya tidak,โ€ kata beliau lagi dalam hantaran facebooknya.

25/02/2026

๐—”๐—œ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ: ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐—œ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
-Dr Zairul Anwar

KOTA KINABALU โ€“ Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri perfileman global kini menuntut perhatian serius Malaysia, khususnya dalam aspek perundangan, perlindungan hak dan kelangsungan tenaga kerja tempatan.

Menurut Prof Madya Dr Zairul Anuar Mohd Dawam, Dekan Akademi Seni dan Teknologi Industri Kreatif (ASTIF), Universiti Malaysia Sabah (UMS), evolusi AI dalam filem sebenarnya telah bermula lebih sedekad lalu, meskipun pada ketika itu ia tidak dilabelkan secara langsung sebagai โ€œAIโ€.

โ€œPada peringkat awal, pembelajaran mesin sudah digunakan dalam color grading automatik, rotoscoping pintar, motion tracking, facial mapping dan simulasi orang ramai dalam visual effects. Cuma ketika itu ia tidak dipanggil sebagai AI sahaja,โ€ katanya.

Perkembangan seterusnya menyaksikan teknologi deep learning memperkukuh keupayaan digital de-aging, sintesis suara neural serta pembinaan aset maya beresolusi tinggi untuk reka bentuk produksi.

Gelombang baharu p**a hadir melalui model penjana imej berasaskan diffusion yang digunakan secara meluas dalam pembikinan concept art, storyboard automatik dan visual development. Platform seperti Midjourney dan DALLยทE dilihat mengubah pendekatan jabatan seni dalam membangunkan visual awal produksi.

Tidak terhenti di situ, kemunculan sistem generatif video seperti Runway Gen-2 dan Pika 1.0 memperkenalkan keupayaan text-to-video yang mampu menghasilkan syot pendek dengan pergerakan kamera maya dan komposisi sinematik. Teknologi seperti Sora p**a memperluas keupayaan tersebut dengan penghasilan klip lebih panjang serta naratif visual yang semakin koheren.

Model multimodal terkini turut mengintegrasikan analisis teks, imej dan konteks dalam satu ekosistem AI yang semakin matang.
Terbaharu, kemunculan Seedance 2.0 memberi tumpuan kepada kawalan bingkai, pergerakan kamera, keyframe, interpolasi antara bingkai dan pembinaan end frame yang konsisten.
โ€œTeknologi ini bukan lagi sekadar menjana klip pendek. Ia semakin berupaya membina shot sequence lengkap, mise en scรจne terancang dan continuity visual yang hampir menyamai produksi aksi langsung,โ€ jelas beliau.

Katanya lagi, transformasi ini telah melangkaui fasa eksperimental dan mula memberi implikasi langsung terhadap struktur industri filem.
Dalam konteks Malaysia, perkembangan ini membawa dua dimensi serentak โ€“ ancaman terhadap struktur sedia ada serta peluang untuk meningkatkan daya saing industri tempatan.

Antara isu paling mendesak ialah perlindungan hak imej, suara dan data biometrik pelakon.
โ€œRepresentasi digital boleh dicipta dan digunakan semula tanpa kehadiran fizikal individu tersebut. Tanpa kerangka perundangan yang jelas, kita berisiko menyaksikan eksploitasi identiti visual, khususnya terhadap pelakon sokongan dan pekerja latar yang mempunyai kuasa tawar ekonomi terhad,โ€ katanya.

Beliau menegaskan bahawa kontrak produksi konvensional tidak lagi memadai jika tidak memasukkan klausa terperinci mengenai penggunaan representasi digital, tempoh eksploitasi dan imbuhan yang adil.

Dari sudut ekonomi produksi, teknologi AI sememangnya berpotensi menurunkan kos melalui pra-visualisasi, penjanaan latar digital dan automasi pascaproduksi. Namun, kecekapan ini juga boleh memberi tekanan terhadap struktur pekerjaan sedia ada.
โ€œJika pembinaan crowd, set maya dan suntingan awal dapat dijana secara algoritmik, apakah jaminan terhadap kelangsungan kru teknikal tempatan? Tanpa pelan peralihan kemahiran yang tersusun, tenaga kerja tempatan akan terpinggir dalam industri mereka sendiri,โ€ ujarnya.

Dalam aspek kreatif p**a, sistem generatif kini mampu menghasilkan skrip dan struktur naratif berdasarkan pola data sedia ada. Namun, beliau mengingatkan bahawa filem bukan sekadar susunan dramatik.
โ€œFilem ialah pantulan pengalaman hidup, memori kolektif dan konteks budaya. Ketergantungan berlebihan kepada penjanaan automatik boleh membawa kepada homogenisasi cerita dan penghakisan identiti tempatan,โ€ katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar pembentukan Dasar AI Nasional bagi industri filem disegerakan. Dasar tersebut perlu merangkumi perlindungan hak imej dan suara, prinsip persetujuan telus, kerangka pendedahan penggunaan representasi digital serta garis panduan etika produksi.
Selain itu, insentif wajar diberikan kepada produksi yang mengamalkan model hibrid beretika dengan mengekalkan penglibatan tenaga kerja tempatan. Institusi pendidikan filem juga digesa mengintegrasikan modul teknologi baharu, etika digital dan pengurusan aset maya dalam kurikulum masing-masing.
โ€œKita tidak boleh menunggu sehingga krisis tercetus untuk bertindak.

Jika dasar dan peraturan tidak dibentuk sekarang, industri kreatif terutama filem akan dibentuk oleh kuasa pasaran semata-mata. Namun jika kita berani menyusun kerangka nasional yang jelas, perubahan ini boleh menjadi pemangkin kebangkitan baharu perfileman Malaysia,โ€ tegas beliau.

01/02/2026

๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ˆ๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ’ ๐’๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ก ๐๐ข ๐†๐’๐‚ ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š ๐’๐š๐›๐š๐ก

KOTA KINABALU, 1 Feb โ€” Festival Filem Iranian ke-4 (Iranian Film Festival 2026) bakal berlangsung dari 6 hingga 8 Februari ini dengan tayangan percuma filem-filem terpilih dari Iran, termasuk drama terkenal The Weeping Willow arahan pengarah tersohor Majid Majidi.

GSC Suria Sabah dipilih sebagai salah satu lokasi tayangan utama, sekali gus memberi peluang kepada penonton di Sabah menikmati karya sinema antarabangsa yang sarat dengan nilai kemanusiaan dan budaya.

Festival ini dianjurkan oleh Iranian Cultural Centre Kuala Lumpur dengan sokongan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, GSC International Screens dan FINAS. Semua filem ditayangkan dalam bahasa Parsi dengan sari kata Bahasa Inggeris.

Meja hiburan Sabah Update percaya penganjuran festival ini di Kota Kinabalu mencerminkan keterbukaan ekosistem seni tempatan terhadap sinema dunia serta berperanan sebagai medium pemerkasaan kefahaman silang budaya melalui filem.

Tayangan adalah percuma, namun penyertaan adalah terhad dan tertakluk kepada pendaftaran awal seperti tertera pada poster rasmi. Penggiat perfileman Sabah boleh berhubung dengan Esthaer Nattallie Zaino Pegawai Eksekutif SAFVA ๆฒ™ๅทดๅฝฑ่ง†ๅไผš untuk keterangan lanjut.

๐Ÿ“ Info Lokasi tayangan
Tayangan percuma berlangsung di pawagam terpilih di Malaysia iaitu:

GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

GSC MyTOWN, Kuala Lumpur

GSC Paradigm Mall, Johor Bahru

GSC Suria Sabah, Kota Kinabalu

Sumber : GSC

25/01/2026

๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ โ€œ๐—ฆ๐˜†๐˜‚๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ผ๐˜๐—ผ๐—นโ€ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—œ๐—™๐—™
KOTA KINABALU โ€” Filem tempatan Syurga Dalam Botol atau Heaven in a Bottle mencatat satu pencapaian membanggakan apabila terpilih untuk ditayangkan di Southeast Asia International Film Festival (SEAIFF), sekali gus menandakan penyertaan pertamanya di sebuah festival filem antarabangsa.

Pengarah filem, Ebi Kornelis, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Facebook pada pagi Jumaat, menyifatkan pemilihan tersebut sebagai satu kejutan yang amat bermakna memandangkan filem itu bersaing dalam kelompok tujuh filem terpilih di peringkat antarabangsa.

Menurut Ebi, penyertaan ke festival filem antarabangsa bukanlah sasaran awal ketika filem itu dihasilkan. Namun atas dorongan rakan-rakan industri, beliau mengambil keputusan untuk menghantar karya tersebut.

> โ€œSebenarnya mahu terpilih pun susah untuk festival yang kami masuk ini. Saya tidak pernah ada niat untuk sasarkan festival antarabangsa, tapi kawan-kawan cakap hantar sahaja, tidak rugi pun,โ€ katanya.

Beliau turut berkongsi pesanan yang pernah diterimanya daripada penggiat seni, U Wei Haji Saari, yang menekankan bahawa sesebuah filem perlu dibuat dengan jujur tanpa terlalu memikirkan festival, sebelum menilai peluang untuk dihantar ke mana-mana platform.

Filem Heaven in a Bottle turut disenaraikan untuk beberapa kategori dalam festival berkenaan. Dalam masa yang sama, Ebi mendedikasikan kejayaan tersebut kepada guru-gurunya dalam dunia perfileman, khususnya Allahyarham Abang Kamal Ishak.

Kejayaan ini disifatkan sebagai satu lagi langkah penting buat industri perfileman Sabah dalam menembusi pentas antarabangsa, sekali gus mengangkat karya tempatan ke persada dunia.

โ€œMudah-mudahan ada manis-manisnya,โ€ ujar Ebi, sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk SEAIFF, FINAS, 10 STAR CINEMAS dan KKD.

โ€” FILEM SABAH KE PERSADA DUNIA

25/01/2026

๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ โ€˜๐—ข๐—ญ๐—ข๐—ฅ๐—”โ€™ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—•๐—ฟ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต

KOTA KINABALU. Selepas kejayaan menghasilkan filem berasaskan kisah benar VINA: Selepas 7 Hari pada tahun 2024, pengarah tersohor Indonesia, Anggy Umbara, tampil dengan sebuah lagi karya berani berjudul OZORA: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel. Filem ini diinspirasikan daripada kes buli kejam yang menggemparkan Indonesia pada tahun 2023, melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, Cristalino David Ozora Latumahina.

Kes tersebut mencetuskan perhatian nasional apabila David Ozora menjadi mangsa penganiayaan brutal oleh anak kepada seorang pegawai tinggi di Jakarta Selatan (Jaksel), bersama seorang rakannya tular di media sosial dan mencetuskan gelombang solidariti masyarakat Indonesia daripada pelbagai latar agama dan kaum yang bersatu mendoakan kesembuhan mangsa serta menuntut keadilan setimpal terhadap pelaku.

Akibat kejadian itu, David Ozora mengalami diffuse axonal injury, iaitu kerosakan otak serius yang berisiko menyebabkan kesan jangka panjang terhadap fungsi neurologi, kognitif dan motor. Walaupun pelaku akhirnya telah dijatuhkan hukuman, mangsa terpaksa berdepan realiti kesihatan yang getir dan berpanjangan.

Filem OZORA turut menyingkap dimensi ketidakseimbangan kuasa dalam masyarakat, apabila kes tersebut pada peringkat awal didakwa cuba dilindungi menggunakan pengaruh dan kedudukan keluarga pelaku. Namun, tekanan awam dan suara rakyat yang lantang menuntut keadilan akhirnya memastikan kebenaran tidak dapat disembunyikan, sekali gus menegaskan bahawa hukum seharusnya tidak memihak kepada kekayaan atau jawatan.

Ditayangkan bermula 22 Januari di rangkaian pawagam 10 Star Cinemas, OZORA menerima reaksi pelbagai daripada penonton. Ramai mengakui filem ini bersifat menginsafkan dan sarat dengan pengajaran, khususnya tentang bahaya budaya buli dan penyalahgunaan kuasa. Tidak kurang juga yang membandingkan kisah dalam filem ini dengan kes buli lain yang masih dalam perhatian awam, termasuk kes melibatkan Zara Qairina yang kini masih dalam proses inkues.

Sebagai sebuah karya yang berteraskan realiti pahit, OZORA mengingatkan bahawa tragedi seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja, dan menjadi peringatan bahawa keadilan hanya dapat ditegakkan apabila masyarakat berani bersuara.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kota Kinabalu
Kinabalu
88400