Ibnu Rijal

Ibnu Rijal

Share

membincangkan pelbagai isu2 terkini dan terdahulu melalui sudut pandang agama. limpahan ilmu merangkumi aspek tauhid, syariat, sirah, akhlak, dan pelbagai lagi perkara berbangkit, berdiri, duduk, dan lain2.. "sampaikan olehku walaupun satu ayat..." maksud Hadis-

Photos from Ibnu Rijal's post 02/06/2026

ALFU SANATIN 3
Tanah yang dijanjikan : The Origin

Alhamdulillah buku ketiga siri Alfu sanatin telah terbit dalam pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 ini.

kupasan kali ini berkenaan timeline yahudi merentasi kurun, nabi dan kerajaan.

editor beritahu, setakat Hari ini, Alfu sanatin 3 ini top 1 paling laris di booth Karangkraf. hari hari perlu topup di rak. slot saya bersama anda adalah pada sabtu ini 6 jun jam 12.00 tengah hari.
ya, hari second last. risau p**ak tak sempat slot saya, buku tu dah habis dulu.. hehe

terima kasih yg tak terhingga kepada semua atas sokongan anda selama ini. semoga Allah membalas segala jasa kalian.

Photos from Ibnu Rijal's post 22/05/2026

saya belajar sesuatu. zaman sekarang kita tak boleh cakap A pun betul B pun betul. tujuan kita taknak bergaduh. pada umur umur begini kita taknak bermusuh masam dengan sesiapa. kita nak raikan semua.

saya fikir A pun akan tenang, B pun akan s**a. tapi saya silap. A serang bukan sebab kita Kata dia betul. A serang sebab kita cakap B pun betul.

begitu juga B. bila kita cakap B pun sebenarnya tidaklah salah. cuma berbeza. kita fikir B akan hargai. rupanya tidak, B marah sebab, apasal kau tak cakap yang A tu salah.

susah kan.. pada zaman warna warni ini, mereka masih mahu hitam atau putih. jika rai keduanya, maka kita ini jadi lalang, tidak berprinsip, dan bermuka muka.

ikutlah wahai A dan B. kalau anda masih belum letih. jika A pun tak boleh B pun tak boleh, maka tak hairanlah lebih ramai jadi C. yang tak peduli pun selama ini pasal A dan B.

dunia sudah bergerak laju. kita masih lagi berbahas wacana itu. mungkin masalah itu belum selesai, atau hati kita yang belum selesai?

entahlah .. ya. entahlah..

14/05/2026

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. yang memerintah Ia akan segala perkara yang besar-besar, dan yang amat halus-halus lagi seni. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi dan rasul.

Waba’du, adapun alam Nusantara itu suatu jazirah yang amat luas, lagi mengandung ia di dalamnya akan seribu satu hikayat dan sejarah para sultan yang adil serta para ulama yang mursyid, yang tiada kecil martabatnya pada timbangan tarikh.

Maka bahawasanya, amatlah s**ar pada zaman ini bagi penuntut ilmu menemui akan suatu karangan yang menghimpunkan sekalian perhiasan permata sejarah itu. Padahal dengan mengenal akan nama-nama dan rupa hikayat moyang kita, nescaya bertambahlah syauq (rindu) dan kasih di dalam hati akan bangsa dan watan sendiri.

Maka atas asbab itulah, fakir himpunkan di dalam kitab yang kerdil ini sekalian nubala Alam Melayu serta segala khabar kisahnya, supaya menjadi ia suatu peringatan bagi orang yang kemudian. Mudah-mudahan memberi manfaat ia bagi sekalian yang meniliknya.

- on going project-
-estimated hujung 2026-

Want your business to be the top-listed Media Company in Kepala Batas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kepala Batas
13200