KOLEJ TENTERA UDARA RASMI
16/06/2026
PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH ITAS
ALOR SETAR, 16 Jun 26 – Perbarisan Pegawai Memerintah ITAS telah diadakan bertempat di Padang Kawad Kolej Tentera Udara. Perbarisan yang diketuai oleh Mej Muhammad Fairuz Zamir bin Johar TUDM dari Ketua Flait Latihan ITAS, telah dihadiri seramai 290 merangkumi peringkat pegawai dan anggota lain-lain pangkat serta penuntut kursus termasuk kakitangan awam yang berkhidmat di ITAS.
Perbarisan dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat Rank Holder penuntut Kursus Induksi Avionic dan Aeromech Siri 20/26. Seramai 3x penuntut kursus telah terpilih sebagai Rank Holder. Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati & sumbangan untuk anggota dan staf awam ITAS. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah ITAS, Lt Kol Saipol bin Jamil TUDM dan diiringi oleh Ketua Flait Kurikulum, Mej Nurul Izzah Hidayah L C Lim binti Abdullah TUDM.
Dalam ucapan, beliau mengucapkan selamat datang kepada anggota yang baru melapor serta para penuntut Kursus Induksi Avionic dan Aeromech Kelas II Siri 20/26. Beliau menasihati agar anggota dan pelatih sentiasa mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh TUDM. Selain itu, beliau juga mendoakan agar semua warga ITAS sentiasa dikurniakan perlindungan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Pegawai Memerintah ITAS dan seluruh warga ITAS, mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah mendapat cahaya mata pertama di ITAS serta salam takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota dan staf yang telah kehilangan insan yang tersayang. Semoga roh kedua-dua arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
12/06/2026
MORNING EXERCISE – LARIAN BENDANG 4KM
Kolej Tentera Udara, 12 Jun 26 – Seramai 174 peserta yang terdiri daripada 36 pegawai dan 138 anggota LLP telah menyertai aktiviti larian sejauh 4 kilometer bersempena program Morning Exercise yang diadakan pagi ini di sekitar kawasan Kolej Tentera Udara (KTU).
Program ini berlangsung dalam suasana yang penuh bersemangat dan semangat berpasukan, selaras dengan usaha berterusan pihak pengurusan dalam memupuk budaya hidup sihat serta mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal warga KTU. Kehadiran peserta yang amat menggalakkan turut memperlihatkan kesungguhan anggota dalam memastikan tahap kesiapsiagaan serta daya tahan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Penganjuran aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada peningkatan fungsi sistem kardiovaskular, malah membantu membina stamina, memperkukuh ketahanan fizikal serta memupuk disiplin dalam kalangan anggota.
Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan secara berkala bagi melahirkan anggota yang cergas, berdaya tahan tinggi dan sentiasa bersiap siaga dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
09/06/2026
KOLEJ TENTERA UDARA - PAMERAN KERJAYA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SINTOK ,8 Jun 26 – Kolej Tentera Udara Alor Setar telah menerima jemputan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyertai Karnival Inovasi Kokurikulum Madani Kebangsaan 2026 (KIK) MADANI 2026 yang turut melibatkan pelajar dari pelbagai universiti seperti UPSI, USM ,UniSZA, UTHM, USIM, UNIMAP dan UMK Kejuruteraan. Karnival Inovasi Kokurikulum (KIK) MADANI 2026, pogram berskala besar ini dianjurkan secara gilang-gemilang oleh Pusat Kokurikulum UUM sebagai platform utama membentuk sahsiah, disiplin, dan semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.
Penglibatan Kolej Tentera Udara melibatkan INSPEN 1, INSPEN 2, ITAS, Pegawai Latih Kolej serta SKN 222 Handau. Penganjuran program ini menjadi platform komunikasi dua hala yang berkesan dalam memperkukuh hubungan awam–tentera (CIMIC), selaras dengan aspirasi Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan kerjasama antara Angkatan Tentera dan masyarakat demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya memupuk minat generasi muda terhadap kerjaya dalam bidang ketenteraan, malah menyerlahkan hubungan erat antara angkatan tentera dan masyarakat sebagai tunjang penting kepada pembinaan negara yang berdaulat serta bersatu padu.
Universiti Utara Malaysia (Official FB)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kolej Tentera Udara
Kepala Batas
06200