Akademi Al-Quran Al-Labeeb

Akademi Al-Quran Al-Labeeb

Share

Institusi pendidikan tahfiz yang memfokuskan pembangunan insan berteraskan Al-Quran dan Sunnah melalui pembinaan hafazan, akhlak, disiplin serta nilai kehidupan Islami.

Photos from Akademi Al-Quran Al-Labeeb's post 17/05/2026

17 MEI 2026 | BENGKEL TAJWID SIRI II

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Tajwid Siri II bersama penyampai jemputan Ustaz Zubair Bin Malik, penulis buku Kuasai Tajwid 6 Jam.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan memberi manfaat serta membantu meningkatkan lagi penguasaan tajwid dalam kalangan para peserta.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

🎬 Antara pengisian dan suasana program di TikTok :
https://vt.tiktok.com/ZSxY9dK46/

15/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik di Akademi Al‑Quran Al‑Labeeb.

Terima kasih kerana terus istiqamah mendidik, membimbing dan mentarbiyah anak-anak dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Bukan sekadar mengajar membaca dan menghafal Al-Quran, tetapi juga membentuk akhlak, adab dan jiwa pejuang agama Allah.

Semoga setiap penat lelah, setiap teguran, setiap doa dan setiap air mata dalam mendidik menjadi saham pahala yang terus mengalir hingga ke syurga.

“Guru bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi membina manusia.”

Semoga Allah terus menguatkan langkah para pendidik AQIL dalam melahirkan generasi Al-Quran yang menjaga agama dan ummah. Amiin ya rabb 🤲🏻

Selamat Hari Guru.

Photos from Akademi Al-Quran Al-Labeeb's post 09/05/2026

9 MEI 2026 | USRAH SANTAI PELAJAR BERSAMA PARA ASATIZAH DI PANTAI TELUK MAK NIK.

Bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi ruang untuk hati saling menguatkan, berkongsi fikrah, memperbaharui niat dan mengingatkan diri bahawa jalan tarbiyah ini perlu ditempuh bersama-sama.

Kadang-kadang, ketenangan itu hadir bukan pada tempat yang mewah, tetapi pada kebersamaan insan-insan yang sama-sama membawa perjuangan kerana Allah.

Want your school to be the top-listed School/college in Kemaman?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


No 48 1st Floor, Jalan Putra A/2, Taman Bandar Putra, Kg Mak Lagam
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00