Secretleaf Original

Secretleaf Original

Share

27/05/2022

.. "KULIT WAJAH KITA"..
Kalau dulu, di usia 20 an, sis selalu Google:-
'Petua hilang jerawat'
'Nak guna apa untuk kecut jerawat'
'Macam mana jerawat terjadi'
Sekarang di usia 30 an, carian sis di Google sudah berubah
'Macam mana nak hilang jeragat'
'Cara cegah jeragat'
'Apa itu jeragat'
'Nak kulit bebas jeragat'
dan seumpamanya.
Kalau sis perhati, kawan kawan atau saudara mara yang berada di usia melepasi 30 an atau 40 an, jeragat dekat muka mereka mudah benar timbul.
Jeragat memang tak bahaya.
Tapi kalau dah hinggap kat muka,
Stressnya, Tuhan je yang tahu.

Tu belum nak tangkis kata kata atau pandangan orang sekeliling.
Tak jaga muka kah?
Pakai apa yang muka jadi begitu.
Tak rimas ke?

Selain sebab makanan, stress, alahan produk tertentu dan alahan disebabkan mengandung, cahaya matahari yang direct kena kat kulit juga boleh buat kulit tumbuh jeragat.

Cuba tengok pekerjaan mereka yang terdedah direct kepada cahaya matahari, dibandingkan mereka yang hanya duduk di rumah atau memakai niqab. Kulit mereka pasti berbeza.

Rata rata kulit mereka jadi lebih gelap, berkedut dan di usia melepasi 30 an selalunya mudah tumbuh jeragat.

Jadi nak buat macam mana?
1. Kalau disebabkan cahaya matahari, nak tak nak memang wajib pakai sunscreen pada waktu siang, walaupun ketika berada di dalam rumah.

2. Jaga makan. Selalulah ambil makanan yang elok untuk kulit seperti tomato, buah sitrus, blueberry, bayam, ikan, ubi manis.
Makanan sunnah seperti habbatusauda, madu, kurma juga amat elok kalau dapat di amalkan setiap hari.

3. Jangan stress. Cuba bertenang dan jangan marah marah. Stress juga boleh bagi efek tidak elok pada kulit tau.

4. Nak baja kulit dengan nutrisi tambahan juga lagi bagus kerana boleh mempercepatkan proses nak hilang jeragat, atau merawat masalah kulit yang lain.

Untuk ini, sis cadang cuba Google 'SECRETLEAF'. Mana tahu skincare natural ni membantu.

03/03/2022

[ANTARA SUN SPOT, DARK SPOT DAN AGE SPOT, MANA SATU YANG MUDAH DIRAWAT?]
Umum mengetahui bahawa bintik hitam yang muncul di wajah dikenali sebagai jeragat.

Namun ada juga yang menyebut sebagai dark spot, sun spot atau age spot.

Jom kita lihat satu persatu jenis jenis spot ni, apakah dia dan sama ada ia boleh dirawat atau pun tidak.

☑️SUN SPOT

Sun spot juga dikenali sebagai noda atau perubahan warna kulit yang disebabkan oleh matahari.

Ianya berlaku disebabkan melanin dikeluarkan secara berlebihan, kerana bertindak untuk melindungi kulit dari sinaran UV/UB matahari.

Warna noda akibat sun spot selalunya lebih pudar.

Sun spot selalunya mudah dirawat dengan penggunaan produk atau skincare tertentu yang bagus.
Namun haruslah konsisten dan jangan sekali kali menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri atau hidrokuinon kerana terpedaya untuk cantik yang segera.
Bahan kimia ini sebenarnya menghakis kulit wajah dan mengakibatkan kulit jadi bertambah rosak.

☑️ DARK SPOT

Sama seperti sun spot, sinar UV matahari juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya dark spot.

Selain itu, dark spot juga berlaku kerana perubahan warna kulit yang disebabkan oleh parut hitam akibat jerawat yang dipicit, bekas luka, tanda lahir atau faktor genetik

Dark spot yang disebabkan oleh tahi lalat atau tanda lahir dan genetik mustahil boleh dihilangkan dengan penggunaan produk produk tertentu.

Namun penggunaan teknologi moden seperti laser mungkin boleh membantu mengurangkan tahi lalat atau tanda lahir tersebut.

☑️ AGE SPOT

Ringkasan mudahnya age spot merupakan bintik atau noda hitam yang disebabkan oleh penuaan.
Age spot, kerana fizikalnya merupakan bintik yang lebih besar berbanding sun spot, maka ia agak mustahil untuk dihilangkan.
Namun, dengan rutin penjagaan kulit wajah dan penggunaan skincare yang betul dan sesuai dengan umur InsyaAllah boleh dikurangkan.

Begitu lah.

Beroleh sesuatu tentang tiga jenis spot di atas?

11/01/2022

.. "BETUL KE WAKTU MALAM ADALAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK RAWAT KULIT MUKA?"..

Pernah sis baca satu artikel pasal kecantikan.

Katanya jangan apply apa apa dekat kulit muka between 9pm-11pm sebab kulit muka agak sensitif waktu tu.

Tapi apply lah apa apa skincare pada pukul 11pm dan ke atas. Sebab waktu tu adalah waktu terbaik dan waktu kulit paling aktif untuk proses pemulihan.

Waktu kita tidur juga adalah waktu kulit kita memproses sel baru dan menggantikan sel lama.

Jadi, lepas sis baca artikel tu, sis boleh simpulkan, penyerapan skincare waktu kita tengah tidur adalah pada tahap yang maksimum.

Skincare rutin malam sis dengan super simple. Tapi lengkap. Cuma 3 langkah. 👌

1. Cuci muka dengan Intensive Beauty Bar. Bilas dan kering kan muka.

2. Titik beberapa titis serum peptida pada kulit muka dan sapu rata.

3. Oles sedikit krim arbutin pada muka dan sapu rata pada kulit muka


Part paling best, bila bangun pagi nak cuci muka, boleh rasa kulit muka kita bertambah baik dari sehari ke sehari.

Jeragat makin lama, makin pudar.

Parut muka pun begitu.

Kawan rapat dah mula tegur kulit muka tak kusam lagi.

FOR FAST RESPONSE, just click👇

📲 wasap.my/601131629528/Secretleaf

📲 wasap.my/601131629528/Secretleaf

📲 wasap.my/601131629528/Secretleaf

01/01/2022

Wish you and all of us a Happy New Year 2022‼️

FOR FAST RESPONSE, just click👇
📲 wasap.my/601131629528/Secretleaf

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kemaman?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


PT 10704, TAMAN CHUKAI UTAMA
Kemaman
24000