Jom Intai

Jom Intai

Share

This co' inspired to share products that are good and benefit to other.We are trusted-seller.Do enjoy viewing our page.

11/05/2026
11/05/2026

Jom courier

23/05/2024

Alhamdulillah selesai sudah penghantaran terakhir slot harumanis dan telah pun diterima oleh pelanggan -pelanggan saya hari ini termasuk diantaranya sahabat sekolah saya Nazim Mohammad.

Kepada pelanggan yang membeli dari ladang Jom Intai kami, saya sebagai salah seorang pengusaha harumanis ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan kesetiaan anda yang tak jemu membeli dari saya hampir setiap tahun.

Tahun ini sahaja ada antara pelanggan harumanis saya yang 'repeat order' setiap minggu dan jualan harumanis amat memberangsangkan lebih dari tahun- tahun sebelumnya.

Saya juga sangat bersyukur pada Allah SWT kerana dengan cuaca yang panas dan terik, buah harumanis cukup menjadi. Jika ada buah yang kurang elok diterima saya mohon maaf kerana ia diluar kuasa saya untuk mengetahui isi buah elok atau tidak, namun jaminan penggantian yang saya beri, telah selesai saya lakukan tahun ini juga.

Tahun ini cukup mencabar, ada juga sebilangan kecil individu yang cuba merosakkan perniagaan bermusim pengusaha harumanis, tapi Allah SWT tetap melimpahi rezeki buat kami pengusaha harumanis berjalan ini dengan lancar. Ramai yang tidak tahu betapa sukarnya menjaga harumanis dari awal sehingga boleh dipetik dan kerana itu harganya mahal...cuaca yang terik dan kami terpaksa bermandi peluh dan bersengkang mata menjaga agar buah tidak dicuri juga menjadi faktor mengapa harumanis tinggi harganya..itu belum termasuk membaja, meracun dan proning.

Akhir bicara, sekali lagi terima kasih atas pembelian anda dan sehingga kita bertemu lagi di tahun hadapan..

Ingat harumanis, ingat JomIntai, ya..

Want your business to be the top-listed Shop in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


No. 1A & 1B, Lorong Niaga KM3. 5, Jalan Hospital, Abi Tok Hashim
Kangar
01000