LPPKN Negeri Perlis
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebag
11/05/2026
AKTIVITI SEPANJANG APRIL/MEI 2026
Program Sambutan Minggu Sejahtera Warga LPPKN 2026
1. Brisk Walk LPPKN Perlis;
2. Loss Weight Challenge;
3. 100,000 Steps Challenges;
4. Saringan Pemeriksaan Kesihatan sempena MSWL Tahun 2026 “Sihat Hari Ini, Bahagia Selamanya”
5. D’Stress Day: Indoor Games;
- Ting Ting@ Teng Teng
- Isi air dalam botol
- Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu
6. Penutup MSWL 2026
- Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Lost Weight Challenge dan 100,000 Steps Challenge
7. Brisk Walk: Gunung Medan
Pentingnya aspek kesejahteraan dalam kalangan pegawai dan kakitangan LPPKN Negeri Perlis yang merangkumi penjagaan kesihatan fizikal, kesejahteraan mental serta pembentukan minda yang positif. Program ini dilihat penting dalam memastikan kesiapsiagaan warga kerja untuk menghadapi cabaran dalam pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan sepanjang tahun 2026 dan seterusnya.
Secara keseluruhannya, program MSW LPPKN Perlis Tahun 2026 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan semangat kesepaduan dalam kalangan warga kerja.
06/11/2025
30 Oktober 2025, Khamis - Telah diadakan Ceramah Selangkah ke Alam Remaja bersama 75 orang pelajar dari SK Arau, Perlis dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi.
Sesi ceramah dikendalikan oleh Cik Saffiyah Najihah Abdul Halim, Teen Educator, LPPKN Negeri Perlis dan Puan Vanida Fungsathian, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, LPPKN Negeri Perlis.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada adik-adik dan pihak sekolah yang telah memberikan komitmen sepenuhnya. Semoga bermanfaat 💜💚
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |