ARC Perlis (Alternative Riding Club)
06/05/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Naqib ARC Perlis, Ustaz Rijaluddin 🎉
Semoga Allah SWT terus memberkati setiap langkah, mengurniakan kesihatan yang baik serta mempermudahkan segala urusan.
Moga terus istiqamah membawa misi kebaikan dan memberi manfaat kepada semua.
Riadah | Ukhwah | Dakwah
We Ride 4 Charity 🏍️💚
04/05/2026
KEMBARA ILMU ARC PERLIS 2.0 | TERENGGANU & KELANTAN
Alhamdulillah, program Kembara Ilmu ARC Perlis 2.0 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya. Konvoi kali ini menghimpunkan lebih 20 orang ahli ARC Perlis dalam satu perjalanan bermakna ke Negeri Terengganu dan Kelantan, menggabungkan elemen riadah, ukhuwah dan pengisian ilmu.
Sepanjang kembara, peserta berpeluang menziarahi Madrasah Ustaz Mad Kecik (peserta Global Sumud Flotilla), menikmati keindahan alam melalui aktiviti mandi air terjun serta mengadakan pertemuan mahabbah bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi nilai tambah dari sudut rohani dan kebersamaan dalam kalangan ahli.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
- Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
- Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar
- Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau
- Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar
- YB Senator Haji Baharudin
- YB Cikgu Shukri Ramli (ADUN Sanglang)
- YB Haziq Asyraf (ADUN Beseri)
- YB Ustaz Azmir Azizan (ADUN Santan)
- YB Ustaz Asrul Aimran (ADUN Kayang)
- YB Haji Razali Saad (ADUN Simpang 4)
serta individu² yg lain di atas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini.
.0
Semoga segala sumbangan ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan berterusan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Stadium Utama
Kangar
01000