Perlis GSA FC

Perlis GSA FC

Share

27/05/2026

Di sebalik setiap keputusan, ada sekumpulan pemain yang tidak pernah berhenti berjuang demi pasukan ini.

Terima kasih kepada seluruh skuad Perlis GSA FC atas segala pengorbanan, komitmen dan semangat yang diberikan sepanjang Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.

Kamu semua telah membawa nama pasukan ini dengan penuh bangga, hati dan keberanian hingga ke penghujung musim.

Perjuangan ini mungkin tidak sempurna, tetapi setiap detik yang dilalui bersama akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini.

Menang Tak Gah, Kalah Tak Rebah.

24/05/2026

ππ„π‘π‹πˆπ’ 𝐆𝐒𝐀 ππ‘πˆπ‡π€π“πˆπ: π’πˆππ€π‘ 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 π€πƒπˆπŠ 𝐍𝐔𝐑 πˆπŒπ€π π’π”πŒπ€π˜π˜π€π‡

Pihak Perlis GSA FC menyeru seluruh komuniti, penyokong, dan insan-insan berhati mulia untuk bersama-sama dalam misi Perlis GSA Prihatin. Kita ingin menghulurkan tangan, meringankan beban buat saudara kita, Muhammad Nur Hafiz, yang mana anak perempuannya, Nur Iman Sumayyah bt Muhammad Nur Hafiz, kini sedang berjuang melawan Kanser Leukemia. Adik Sumayyah amat memerlukan dana bagi menampung kos rawatan kemoterapi dan pengurusan hospital.

Mari kita terjemahkan solidariti kita di luar padang. Sumbangan ikhlas anda, sekecil mana pun, mampu memberi sinar harapan buat sekeping hati kecil ini untuk kembali sembuh.

Salurkan sumbangan ikhlas anda terus ke akaun rasmi bapa Nur Iman Sumayyah:
πŸ”Ή Bank: CIMB
πŸ”Ή No. Akaun: 7045532100
πŸ”Ή Nama Pemegang: Muhammad Nur Hafiz
Sila imbas kod QR pada poster untuk transaksi yang lebih pantas.

Mohon jasa baik semua untuk bantu berkongsi (share) hantaran ini. Semoga asbab kebaikan ini, Allah lipat gandakan rezeki kita semua.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Guar Syed Alwi
Kangar
01000